PM NAJIB - JANGAN SAMPAI KELUAR NAGA !!





CANTIK tarikh 10-10-10 (Ahad) kemarin. Sheikh Muszaphar Angkasawan Negara ambil 3X10 itu sebagai tarikh naik pelamin dengan artis Aqasha. Bas Expres Delima ambil pula tarikh 3X10 itu jadi tarzan lompat pembagi lebuh raya lalu 12 orang terkorban serta merta, 40 cedera dan difahamkan tiga lagi yang cedera juga terkorban dihospital semalam.


MCA ambil tarikh itu untuk ada Perhimpunan Agung ke57 dan dirasmikan oleh PM Selaku Pengerusi BN. PM Najib memberikan ingatan penting kepada 1764 Perwakilan MCA dari seluruh negara.

Pertama, PM minta supaya MCA lipat-gandakan kerja dan khidmat MCA untuk mengembalikan sokongan masyarakat China kepada parti itu dan BN.

Kedua, segala tuntutan boleh diadakan secara muafakat dan mengutamakan kepentingan nasional.

Ketiga, Kepimpinan MCA diingatkan perlu mendekati rakyat dan tidak menggunakan jalan mudah dengan hanya menjadi ‘juara peruntukan’ dari dana kerajaan.


Keempat, membaiki krisis dalaman hingga keakar umbi parti dan

Kelima, MCA bukan sahaja menjadi pemimpin kaum China sebaliknya memimpin semua kaum dinegara ini.

Akhirnya, PM Najib meluahkan perasaan terbuku didadanya :

“ Janganlah kita asyik membuat tuntutan sahaja tetapi apabila minta sokongan tak bagi, susahlah begini”. Katanya.




NOTA PINGGIR.


Dalam banyak perkara disentuh siapa pun akan terkedu bila mendengar ungkapan akhir ..... “susahlah begini !”. Ini satu luahan yang terbuku walaupun PM Najib sentiasa dapat mengawal setiap patah perkataannya terhadap semua kaum dinegara ini. Walaupun harimau yang meronta didalam perutnya tetapi yang hanya keluar adalah kucing !.

" susahlah begini” itu bermakna yang keluar itu bukan lagi kucing tetapi ada iras-iras serigala !. Mengapa begitu ?. Kenapa jika harimau yang meronta didalam perut hanya keluar serigala ? tidak dikeluarkan terus harimau? Supaya rakyat sedar apa yang sebenarnya. Kalau Lee Kwan Yew , walaupun kucing dalam perutnya dia akan keluarkan singa !.

Mengapa tidak ?, Jawapnya mudah. Begitulah hemahnya pemimpin melayu. Jika tidak, lama sudah negara ini hancur. Sebagai pemimpin jika dapat kesabaran seperti itu dalam masyarakat plural ini menandakan negara ini akan akan dapat bertahan lebih lama kerana mereka nampak apa yang kita tidak nampak. Jika Datuk Ibrahim Ali disitu ? emm... lama sudah kita berperang sabil kah..kah..kah... ( saya teringat dipadang TPCA ).


Jika kita membelek pemikiran PM, kita boleh membuat andaian bahawa siapa pun tidak akan kecewa setiap tuntutan diberi tetapi bila minta sokongan disaat penting tidak diperolehi !. Kadang-kadang pemimpin kita rasa sentiasa tertipu dan dipermainkan. Bukan sahaja kecewa tetapi sakit jadinya.

Mana-mana masyarakat sangat pantang dalam apa jua termasuk perniagaan ditipu. Rugi berapa banyak tidak mengapa kerana ia boleh jadi ilmu dan boleh dipelajari. Tetapi terkena tipu sangat bisa rasanya. Politik pun begitu. Pemimpin kita rasa sangat tertipu bila tidak ada situasi menang-menang.

Satu keadaan lagi, saya memberi contoh sebuah persahabatan. Kita bersahabat tidak kira samada susah atau senang. Suka sama suka dan duka sama duka. Kedarat sama kedarat, laut sama kelaut. Tetapi jika datang musibah dan saat genting, ketika itulah sahabat kita menekan kita berbagai-bagai . Atau menikam belakang. Apa Perasaan kita ?. Presiden MCA, sangat faham hal ini kerana melalui satu kemelut yang besar sebelum ini. Saya telah menulisnya dalam artikel Salam Hormat  kepada presiden. Baca sini semula.


Apa yang penting sekarang kita ubah cara lama, buat apa yang sesama kita fikir keutamaan patut buat seperti PM Najib katakan, saya petik lima pesanan tadi yang lain akan masih dirunding dan tolak ansur asal jangan soal prinsip.

Mesti ada progres. Jangan pula tolak ancur.

Nanti keluar naga.


Berasap ! Baca Sini.










































No comments: