31 juta dari 236 juta rakyat Indonesia dihimpit kebuluran dan dibawah paras kemiskinan kata Ketua Menteri , Agung Laksono dimajlis Prasmian Ulangtahun Hari Makanan Sedunia diLombok tengah kemarin Oktober 20, 2010 ( Antara).
Masalah rumit, tidak mudah dan cabaran politik kepada kerajaan. Pihak berkuasa tempatan, peringkat wilayah dan daerah diseru supaya menggalakan komuniti setempat membangun. Mengekal potensi pertanian dan makanan.
CATATAN PINGGIR
4907 Perwakilan bersidang diKuala Lumpur atas nama Perhimpunan Agung UMNO sedang memikirkan hala tuju perjuangan parti pemerintah bagi mengisi rangka model politik baru UMNO menjelang negara Maju 2020. 4907 orang itu memikir bagaimana ingin membawa kesejahteraan dan kemakmujran 27 juta rakyat Malaysia.
Negara saudara jiran kita sedang mengeluh 31 juta atau 13.1 persen rakyatnya miskin dibawah par malah taraf kebuluran. Saya hendak bermula dari mana pun tidak tahu.
Kemiskinan tegar yang bukan bertaraf kebulur diMalaysia pada September 2009 hanya tinggal 3.8 persen ia itu sekitar 25,000 orang lagi belum diselesaikan. InshaAllah hujung tahun 2010 ini akan dapat dibereskan hamper sepenuhnya.
Saya sangat pasti bahawa diPerhimpunan Agung tidak ada seorang wakil pun mempidatokan soal kemiskinan kali ini. Saya pasti tidak berlaku. Wah kalau begitu begitu negara Malaysia sudah melancar tinggi dan meninggalkan darat kemiskinan. Fuss, hebat. Sedangkan kawan tertangga kita terkial-kial mencari formula terhadap 31 juta rakyatnya.
Jadi apa yang Pakatan rakyat katakan bahawa kerajaan BN gagal membela rakyat ?. Kemudian anggota BN tercungap-cungap mencari jawapan terhadap tuduhan itu. Apa yang bangang sangat kita semua ini?.
Kaum minoriti dinegara ini pula melemparkan kepada kerajaan BN tuduhan melaksanakan dasar yang tidak saksama dan adil. Sedangkan puak minority ini memiliki kekayaan lebih dari puak majority justeru itu puak majoriti kembang kempis perutnya mencari jawapan. Apa ini ? bangang kali keberapa?.
Mengapa kita menjadi begitu bangsat setelah kita membina kejayaan maka ada pihak menenggek diatas kepala mengatakan kita gagal maka kita jadi kacau bilau dan hliang punca?.
Rupanya manusia ini hilang konsentrasi bila terapung dalam kejayaan sehingga tidak berapa pasti berada diketinggian berapa. Jika dalam kemiskinan dan kegagalan hilang punca, senang dan berjaya pun boleh jadi dungu maka kita harus membina dan bermula dari garis kosong semula baru tidak hilang panduan dan terapung-apung.
Kah..kah..kah... satu lagi dasar pening kita ke udarakan. Kah...kah..kah...
Kah..kah..kah...Woit ! apa nama patut kita namakan dasar itu? kah..kah..kah
Kah..kah..kah.. kita namakan Model Permulaan Baru ! kah..kah..kah..
kah..kah..kah.. biar semua kita mabuk dasar kah..kah..kah..
No comments:
Post a Comment