KETEGASAN terhadap pelampau perkauman wajar diadakan secara pendekatan undang-undang. Sebarang gelagat yang ekstrim hanya boleh dipadamkan dengan perundangan. Penyelesaian secara politik tidak memadai kerana pendekatan politik tidak dapat mendidik perangai individu atau kumpulan diluar batas.
Kita telah melalui berbagai pengalaman secara hemah dan pendekatan politik yang agak terbuka sebelum ini tidak ada hasil. Dalam amalan prinsip pengkhianatan dan menghalalkan cara untuk mendapat undi, puak pelampau menggunakan kaedah sentimen perkauman sebagai tool yang murah, mudah dan mendapat sambutan kerana rakyat sebahagian besar tidak memahami banyak perkara bagimana negara ini berjalan lancar.
Tidak dinafikan bahawa pimpinan negara dan kerajaan cuba mempengaruhi rakyat dengan idea keserdahaan sebagai amalan kehidupan dalam segenap segi. Oleh kerana para penentang terdesak untuk mendapatkan kuasa maka mereka secara licik memainkan isu perkauman.
Adalah tidak adil kepada golongan serdahana jika ekstrimis dibiarkan bermaharajalela. Dengan perbuatan mereka yang tidak mengenal erti perundangan itu telah memprovokasikan golongan serdahana untuk menjejaki rentak mereka. Jika ini berlaku, sudah pasti ketegangan akan berlaku.
Sebagai contoh, apabila mereka mempertikaikan hak keistimewaan orang melayu, kedudukan raja-raja melayu, mencampuri urusan agama Islam, memperkecilkan bahasa melayu, memburuk-burukan kepimpinan melayu maka tidak ada aksi perundangan kepada mereka sudah tentu ada tindak balas orang melayu. Sedangkan kita tahu bahawa golongan melayu itu amat serdahana, bertolak ansur dan penuh hemah dan kesabaran.
Langkah pertama orang-orang melayu bertindak secara defensif. Serangan tetap juga dilakukan maka mereka bertindak secara ofensif. Jika demikian berlaku keadaan pencegahan itu sudah dikira agak sukar.
Mengapa kita terlalu berkira menggunakan ISA ?. Padahal kita tahu mereka menyerang ISA itu bagi memudahkan segala rancangan mereka untuk bertindak ekstrim. Tetapi dalam hal-hal yang hanya melibatkan Imigresyen kita gunakan ISA. Antara Isu Imigresyen dengan isu pelampau perkauman, yang manakah boleh membakar hangus negara?.
Kita ada pengalaman operasi lalang dalam isu Lee Kim Sai mengatakan bahawa orang melayu adalah pendatang disekitar 1990an, suhu meningkat mendadak hingga kedua-dua pihak sudah siap mengasah parang.
Namun demikian ISA telah digunakan, beberapa orang dikurung dari semua pihak termasuk pihak ketiga yang menjadi batu api, selepas itu ada pihak berani untuk buat keras kepala lagi? Jawabnya tentu tiada hingga Isu pemecatan Anwar Ibrahim ISA juga digunakan. Mengapa sekarang kita terlalu gusar untuk menggunakan ISA?.
Sebenarnya jika katakan Perlembagaan itu satu khazanah yang telah dikemaskan sebagai satu pekej menjamin kelangsungan sebuah negara bangsa, ISA itu adalah salah satu pekej yang sangat berguna dan sama pentingnya sebagai pemelihara Perlembagaan itu sendiri. ISA adalah pelindung kepada Perlembagaan. Tanpa ISA Perlembagaan tidak boleh berdiri teguh. Itulah yang tersirat pada hakikatnya.
Mengapa pelampau begitu bersungguh-sungguh mempengaruhi rakyat untuk mencampakan ISA kedalam api? kerana mereka tahu selagi ada ISA sukar untuk mereka merobohkan fasal-fasal penting dalam Perlembagaan. Pemikiran membentuk tindakan dan akhirnya menjadi falsafah mereka.
Oleh itu ISA juga adalah khazanah tidak boleh disentuh kerana ia memelihara pemikiran serdahana dikalangan rakyat. ISA juga wajar digunakan secara adil. Dan ia harus berfungsi tanpa rasa bersalah jika sebarang gelagat melampaui batas dimana boleh membakar negara ini.
Rumusnya ISA sentiasa relevan selagi ada Perlembagaan negara. Sebarang perbuatan melampau dalam apa juga corak ia harus berdiri dan bertindak demi kelangsungan sebuah negara bangsa terdiri dari masyarakat majmuk seperti Malaysia yang satu-satunya terbangun didunia ini.
No comments:
Post a Comment