MODEL BARU POLITIK


                                            deep purple hanyalah hiasan

Memang benar apa PM Najib katakan pada sabtu kemarin bahawa pembangunan tidak lagi boleh menjadi idealisma UMNO dalam keadaan masyarakat yang semua ada dan terbangun sekarang. Zaman mengagungkan pembangunan ala awal post- kemerdekaan sudah berakhir.
 Jika dahulu rakyat sesebuah kampung mendapat sebuah jambatan, mereka akan menyebut bertahun-tahun jasa pemimpin dan kerajaan. Tetapi sekarang, apa pun bentuk pembangunan mereka tidak perduli lagi. Namun demikian jika sesuatu keperluan itu tiada, mereka akan membising. Ini bermakna, pembangunan itu satu tanggung jawab yang mesti ada kepada rakyat, bukan lagi habuan perjuangan masyarakat dalam politik dan ia bukan satu kejayaan.
Namun demikian, diSabah dan Serawak serta perdesaan bertompok-tompok di Semenanjung ia tetap menjadi idealisma. Contohnya sekitar hulu Tembeling, Jerantut masih belum ada jalan raya. Masyarakat masih terpesona jika dikurniakan pembangunan kepada mereka. Politik pembangunan masih tetap relevan dan ampuh.
Zaman telah berubah jauh. Tetapi idealisma masih lagu lama. Irama dan tari tidak  selari.   Membela untung nasib rakyat bukan ukuran untuk menentukan survival politik. Tidak dibela juga lagi tidak selamat.  Membela atau tidak itu  sama juga keputusannya. Hanya jika membela itu harapannya agak ada cahaya dan lebih peluang sedikit.
Nah, kalau begitu sangat keliru sekarang.  Tidak beri digigit diberi pun gigit. Ini sudah cukup dan benar-benar dipersimpangan. Hairan mengapa manusia ini terlalu unik ?. Apakah ini petanda kematangan politik ?. Tidak, mereka sudah mentafsir demokrasi itu lebih ekspres 'dari rakyat untuk rakyat'.
Lagi apa perubahannya?,  kebanyakan sudah memakai falsafah Harold Laswell 'politik siapa mendapat apa bila dan bagaimana'. Mereka tidak lagi menghargai apa yang masyarakat dapat, tetapi lebih kepada diri sendiri. Kalau begitu tidak salah bukan?. Mereka sudah tahu menilai harga diri.
Secara ringkas makna pembangunan itu adalah pembasmian kemiskinan, mengujudkan peluang dan meningkatkan harga diri.  Ini bermakna jika setiap individu sudah berusaha meningkatkan harga diri, negara ini sudah membangunan dan maju. Bila negara sudah maju dan dipuncak, keperluan mereka sudah lain. Ia tidak sama dengan waktu mendaki.  Jadi  matlamat dan srtategi harus ada setting baru untuk bertahan dipuncak.  Ini bermakna matlamat dan strategi politik adalah ditingkat to managing the success.
Persekitaran berubah matodologi juga harus berubah untuk kembali kelandasan politik yang sesuai dengan zaman ini. Cuba kita bayangkan perjuangan seperti  Perkasa itu sudah dianggap ketinggalan zaman. Pada kita, itu kembali kepada perjuangan asal yang tulen. Tetapi tidak, ia dianggap oleh banyak pihak adalah musuh nombor satu.  Jika kaum lain itu  tidak menghairankan tetapi sebahagian orang melayu juga menolaknya.
Persekitaran berubah, matologi juga mesti berubah. Tetapi manusia didalamnya adalah manusia lama yang sebahagiannya payah berubah bagaimana?.
Ini teringat saya kepada bertapa susahnya agensi pembanguan sebuah masyarakat  diluar negara tidak payahlah saya sebut negara mana, mengubah kehidupan masyarakat  hingga masuk jenerasi ketiga baru dapat perubahan minimum.
Oleh kerana masyarakat itu bermasalah tempat kediaman, maka agensi itu membuat pengumpulan dan penyusunan semula dengan mempersiapkan set pembangunan lengkap merangkumi rumah, kemudahan letrik, bekalan air, bilik air yang selesa dan bilik tidur serta  ruang tamu yang selesa. Beberapa buah kampung moden dilaksanakan.
Apa jadi? Mereka menyambung ruang hadapan dengan atap daun dan lantai buluh. Dibelakang juga ditambah atap daun dan berlantaikan tanah. Dari jauh nampak rumah itu kembali merupai pondok juga !.  Bilik air dijadikan stor. Bilik tidur lakar dan bersawang. 
Habis?.  Mereka tetap memilih sungai dan menggali perigi. Tidur malam juga masih berkumpul anak beranak dibawah atap daun. Dapur juga kembali dibawah atap daun dibelakang dan ruang tamu juga dibawah atap daun  serta membuang air masih kedalam belukar.  Meraka kata tidak tahan panas dan selesa mandi sungai kerana air paip tidak puas, rasa tidak basah. Malam masih pakai pelita kerana lampu neon terlalu terang sakit mata. Tandas juga tidak selesa kerana bila benda itu  gugur boleh jadi terperanjat !
Persekitaran baru, strategi baru dan tool baru jika masyarakat politik yang tidak dinamik dalam menjana perubahan semuanya adalah masalah besar juga. Jika tersilap gaya actor utama yang ingin menjana perubahan itu terkeluar gelanggang !.
 Mahu tidak mahu kena berubah.  Lantaran itu, pendefinisian semula matlamat perjuangan sangat wajar  ditela'ah kembali. Kita bimbang, terdapat juga perubahan dalam matlamat  kerana perubahan manusia.  Kemudian barulah ditentukan  strategi  mencapai jangka pendek dan jangka panjang. Ia tidak tidak perlu tergesa-gesa sebaliknya harus diteliti dengan sempuna kerana ia melibatkan soal ideologi baru.
Ibarat sekumpulan ahli muzik. Bunyi gitarnya sumbang menyebabkan lagu yang dimenjadi hambar. Kumpulan itu  berhenti sejenak, tali gitar di tune semula kemudian barulah ditentukan lagu apa, bagaimana tempo, bila chorus dan bagaimana ending.
Buat masa ini muzik terlalu sumbang.

3 comments:

Helang Buana said...

Dato,
Bila tengok gambar tu, teringat Dato zaman tu, bergegar jerantut.

Azizan Yaakob said...

hahaha ingat lagi c gu Pian. Saya anggap DP itu saya favourate sampai sekarang.

Lesungindek said...

Salam SM,

Setuju amat lah dengan pemikiran SM, saudara Azizan Yaakob. Masa telah berubah dan ruang juga telah berbeda, begitu lah minda turut kedepan. Tapi dalam apa keadaan pun, strategi dan pendekatan masih tetap di subscribe dan sustain, iaitu strategi Offensif atau strategi depensif.

Pembangunan masih diterus kan iaitu pembangunan holistik merangkumi spiritual dan fizikal. Cuma pembangunan spiritual seperti human ware ,minda di tekan berbanding fizikal. Selagi ada insan selagi itu pembangunan diteruskan cuma bentuk dan keterangkumi nya berbaza mengikut keperluan semasa.Selagi teori Maslow relevan selagi itu ada keperluan dekehendaki mengikut cita rasa dan stratifikasi sosial. Contoh sudah ada satu i....i, nak pula yang kedua. Begitu lah natijah kehidupan, mana pernah puas.. Eheek.....ehek ,batuk pulah. Jumpa lagi.