PM NAJIB – MODEL POLITIK BARU DISANGGAH.



SABTU, Okt 16, 2010. PM Najib melontarkan pendapat 'politik pembangunan tidak lagi berkesan bagi kelangsungan UMNO untuk terus memerintah". Seterusnya beliau mengusulkan agar Model Baru Politik difikirkan.
Ipoh 0kt 18, 2010 Ketua penerangan Wanita UMNO Malaysia Datuk Hamidah Osman mengulas kenyataan Presiden parti itu seperti berikut:
Pertama, Hasrat Model Politik Baru perlu dikaji dengan teliti bagi melaksanakannya agar tidak terikut-ikut dengan permainan pembangkang yang sengaja mahu menampakan UMNO lemah.
Kedua,  yang penting adalah bagi menangani persepsi yang dilemparkan oleh pembangkang bahawa UMNO Lemah dan gagal mensejahterakan rakyat dan tidak bertanggung jawab 

Ketiga, jangan kita beri ruang dan gambaran seolah-olah kejayaan-kejayaan menghadapi cabaran hingga mendapat pujian dunia satu yang tidak betul.
Utusan Malaysia 19/10/10 (6).

CATATAN PINGGIR
Inilah masalah UMNO untuk menghadapi zaman baru, metodologi harus baru tetapi orang lama dan pemikiran lama yang PM Najib harus penat memahamkan dan mengubah mereka terlebih dahulu. Dan boleh jadi gagal, kerana pemikiran yang berakar umbi itu sangat sukar dibongkar dan direnovasi.
PM Najib mengatakan bahawa selama ini UMNO/BN menjual idea pembangunan sebagai  pakej yang ditawarkan kepada rakyat jika diberi kuasa terus memerintah. Ia berlaku sejak merdeka hingga sekarang. Tetapi PRU 12 ada tanda-tanda jelas bahawa pembangunan itu bukan lagi idea yang diterima secara berkesan bila dibeberapa negeri BN  tewas. Ini bermakna rakyat tidak terpesona lagi atau tidak peduli lagi  atau tidak perlu lagi apa yang diperjuangkan oleh BN.
Rakyat merasakan bahawa semua kemudahan sudah ada tersedia. Apa yang rakyat mahukan adalah perubahan. Tetapi apa perubahan itu yang perlu difikirkan.
Barang dingat bahawa pembangkang tidak membina persepsi rakyat melalui isu Kerajaan BN gagal memberi pembangunan seperti 1960an hingga tahun-tahun 1990an. Tetapi mereka berjaya mengadakan berbagai pendekatan lain dan isu-isu tertentu contohnya isu ketuan melayu yang lapuk, kepimpinan UMNO korup, kroni, nepotisma, rasis dan lain-lain lagi.
Mereka juga menggunakan kaedah teknologi bagi menyampaikan mesej dan mengadakan pendekatan 'tidak berbeza' antara rakyat dan pemimpin. Simple, tidak banyak songel, kamilan dan tidak isolated serta mendengar suara-suara  rakyat.
Mereka juga tidak berlagak, bergaya, pemimpin boleh kemana sahaja bersama dan tidak menunjukan kemewahan walaupun banyak yang hipokrit. Mereka disokong bukan kerana mereka boleh menawarkan apa-apa termasuk ufti politik tetapi mereka disokong kerana ada nilai yang kita tidak ketahui dan harus diselidik, selongkar, gali dan fahami serta amalkan.
Mereka tahu sesiapa yang memerintah mesti membuat pembangunan. Pembangunan bukan lagi modal politik yang boleh jadi rakyat ternganga kemudian kita sumbat. Mereka sudah kenyang dengan pembangunan dan mereka perlu sesuatu yang baru. Apa dia yang baru itu ? Ini persoalannya.
Jika mereka mahu yang baru bermakna UMNO/BN  wajar memikirkan yang baru menjadi selera rakyat. Dan mereka akan ketagih pada yang baru itu hingga beberapa lama kemudian mereka akan mual pula. Jenerasi baru nanti mahu pula yang baru lagi dan mereka akan signal pula. Manusia sudah mula cepat berubah.
Jika UMNO dapat memahami ini akan lahir pemikiran baru maka akan terguballah satu Model baru politik yang mesti jangan teragak-agak untuk mengamalkannya. Itulah yang PM Najib usulkan, supaya perhimpunan besuk perwakilan kena fikir yang terbaru dan tidak boleh fikir cara lama apa yang saya fahami dan selidik fikiran itu. Ya, ambil masa, jangan tergesa-gesa. Bukan senang menukar otak jadi baru.
Walaupun begitu, pembangunan sudah menjadi kewajipan kerajaan kepada rakyat  seperti kita membesarkan anak-anak. Segala penat lelah, pengorbanan serta wang ringgit tidak perlu dibangkit lagi. Begitu gayanya peranan kerajaan dan pemimpin hari ini yang rakyat mahukan.
Jika UMNO dapat menangkap kehendak public ini bermakna UMNO/BN terus relevan dalam dunia sistem dari rakyat untuk rakyat. Rakyat adalah raja. Rakyat sentiasa betul.  Jika konservatif dan berpegang kepada cara lama kita berfikir  pelanggan kita kata 'tidak' UMNO/BN tidak relevan.  Anda dipihak mana ?
RAKYAT SUKA KITA PADA BENDA LAIN. APA BENDA ITU ?  FIKIRLAH. SAYA DAH KABUR TAPI BOLEH MERANGKAK.

2 comments:

Lesungindek said...

Salam SM,

Saya teruja dengan catatan pinggir saudara itu. Itu lah sepatutnya berlaku dan transform. Soal nya kenapa masih terhenjut-henjut disambut?. Apakah Gambar tentera diatas post saudara itu mengambar dan mencermin ahli/pengikut dari segi bekerja dan bergerak sebagaimana untuk merealisasikan yang di impikan oleh Pemimpin Nombor wahid, mereka Masih lagi bersikap defensif, lihat saja mata tentera dan hala muncong senapang serta tangan yang memegang belantek nya, masih lah DEFENSIF.

Bijak sungguh saudara meletak kan gambar iru, memberi 1001 makna . Hai ...hoh , rase penat pulok, Saudara tengok apa yang diposting oleh Uraq drruluq dan spu mengenai saham Felcra?. ini juga masalah nya?. Kenapa terjadi begitu?, Apakah di fikir impak nya?.

Jumpa lagi.

Azizan Yaakob said...

LI,

Gambar itu hanya hiasan. Boleh juga memberi makna BERUBAH- JIKA TIDAK MATI atau AKU TAK MAU BERUBAH - KAU YANG MATI. kah..kah..kah..