NAIK BAS MAUT- 7 BELIA 4B TERKORBAN


Berita tengah malam siaran tv bas membawa maut lagi 07 orang belia 4B  disatu kemalangan ngeri pada jam 7.20 pm semalam Okt29, disusur naik Genting Highland dimana bas rombongan ahli Belia 4B Baling, kedah itu terbalik.
SEMBANG SENJA
Semakin hari semakin tidak percaya pada jaminan keselamatan nyawa kenderaan awam bernama BAS.
Dengan trajidi kemalangan berturut-turut selang beberapa hari dengan peristiwa bas jadi tarzan diSimpang Ampat Melaka menimbulkan kesan psikologi mendalam terhadap kenderaan public itu dikalangan rakyat Malaysia.
Baik Bas ekspres mahu pun bas sewa khas perasaan jadi fobia tidak tentu hala bila menyebut 'naik bas'. Apa tidaknya tiba-tiba gempar dan kita tertanya-tanya adakah orang yang paling dekat dengan kita terkena !.
Ada sesuatu yang tidak kena dengan 'BAS' ini.  Kecuaian manusia atau kelemahan teknologi?.  Ia harus diberi jawapan dan tumpuan oleh  Kementerian Pengangkutan.  Ia juga harus dijadikan NKPI kementerian itu. Jika dinegara maju seperti Jepun jika peristiwa berulang seperti ini menteri bertanggung jawab sudah meletak jawatan.
Jika kemalangan kenderaan awam sering berlaku seumpama ini disebabkan kecuaian manusia apa resolusinya ?. Setiap kemalangan yang berlaku apakah jika dihimpunkan rekod-rekodnya tidak boleh dikenal pasti jalan penyelesaiannya. Ia sudah berlaku sekian lama. Tetapi masih sama, tidak berubah !. Apa ingat ini perkara kecil ke?.
Setiap kali kemalangan yang melibat hliang nyawa secara pekej  semua gempar dan hebuh seminggu,  lepas  itu habuk pun tiada. Contohnya, Apa resolusi kemalangan bas diSimpang Ampat ?.
Jika senjata api yang boleh membunuh atau mencederakan boleh ketali gantung  apa bezanya dengan ini?. Jika sesuatu itu mudharat kepada awam tidak lagi boleh dikisar secara sivil mengapa ia tidak dianggap jenayah ?.
Fikirlah !.  Kementerian itu bukan jaga airpot dan pelabuhan sahaja!. Apa yang menjadi masalah rakyat harus diberi tumpuan dan diselidiki secara halus. Ini soal hayat atau nyawa manusia.

Eh.. lapar pulak.  Eh, pukul  4.00 pagi.. oh esuk Sabtu patutlah sedap sangat berjaga !.  Nanti jap...  tea pun dah sejuk dan berkepala.  Kepala..kepalalah. Sapu sajalah... nak buat macam mana?.  Janji tea sudah.

No comments: