SABOTAJ EKONOMI –> RAKYAT DERITA -> TUKAR KERAJAAN



Datuk Mukhriz Mahathir kesal dengan sikap dan usaha Pakatan Rakyat sabotaj inisiati kerajaan menarik pelabur dengan memburuk-burukan nama baik Malaysia diluar negara. Kerajaan menarik pelaburan itu melabur termasuk dinegeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Kedua, mereka mendakyah pelabur mengatakan kononnya Badan Kehakiman diMalaysia tidak adil, Polis rasuah, Malaysia jagi macam Taliban atas isu kalimah Allah.  Menjawab soalan Datuk Mohamad Aziz diParlimen.

CATATAN PINGGIR
Tidak patriotik dikalangan pembangkang ini berlaku sejak 1998 apabila ada 'gurubesar' yang merekrut ahli pembangkang lain. Sebelum ini tidak begitu. Walau pun pembangkang menentang dasar-dasar kerajaan tetapi mereka tidak sampai jadi lidah bercabang diluar negara.
Kedua, Serangan terhadap pertumbuhan ekonomi ini adalah antara cabang pelajaran jahat sekolah gurubesar tersebut.  Falsafah gurubesar itu tidak berubah dari dahulu bahawa jika  BN gagal mengukuhkan ekonomi rakyat akan hidup menderita akhirnya pilihan raya rakyat akan menukar kerajaan. Itu buku rujukan lama.
Ketiga,  mereka cukup gentar jika kerajaan berjaya memakmurkan rakyat. Jika boleh kerajaan melepek hingga tidak boleh membayar gaji kaki tangan awam. Lagi bagus jika sampai keparas rakyat sudah tidak mampu menuang minyak kenderaan untuk kesana sini, lagi bagus. Sampai kesitu mereka fikir.
Keempat,  mereka tidak fikir jika mereka mengambil alih kerajaan dalam keadaan ekonomi serabut dan rakyat huru hara mereka boleh memerintah dengan baik seperti apa yang berlaku zaman peralihan kuasa di Indonesia dari Soeharto kepada Habibi.
Akhirnya rakyat juga menolak kerajaan Presiden Habibi. Sejak dari tarikh itu baru sekarang Indonesia mula merasa pertumbuhan ekonomi sekitar 6 peratus.  Berapa lama ?. Berapa presiden ?. Cuba bilang !. Habibi, Gus Dur, Megawati dan barulah  SBY.
Kelima,  mereka  bukan tidak tahu kesannya jika mereka mengambil alih kuasa tetapi  niat dan azam untuk berkuasa walau pun sehari  cukup. Lain-lain belakang kira. Sebab itu mereka akan buat apa sajaha untuk rakyat rasa susah akhirnya memilih mereka.
Keenam,  cara mereka lakukan seperti  orang tidak bertuhan. Mereka fikir tidak ada kuasa lain selain dari manusia. Mereka tidak tafsir Al Qur an dengan baik bahawa ada ketetapan tuhan terhadap manusia samada menetapkan rezki, jodoh pertemuan,  lahir dan mati, tanah perkuburan dan sebagainya janji akhtiar tidak berhenti. Sesuatu itu mungkin mereka berjaya jika diizinkan Yang Maha berkuasa.
Akhirnya,  Apa yang penting selagi pemerintah dapat dilaksanakan secara adil dan berhemah serta mempertahankan agama Allah, selagi itu usaha jahat manusia tidak kemana.
Hai... kesitu pulak perginya ?. Habis nak kemana?. Jika kita telah berusaha sedaya upaya,  kita bertawakal lah.  Yang salahnya kita hanya berserah !. Baik ustaz !.   Ustaz ke Tok Guru ?. Emmm biar ustazlah... Saudara, Ustaz ada banyak. Pokok Sena pun ustaz juga.  Tiga senawi !.  Haaaah ?.
Tiga senawi itu apa?.  Emmm.... panjang lawi.... kah...kah...kah..
Lawi tu apa?.  Kah..kah..kah..  Woit.. lawi itu hujung lebih  kah..kah..kah

No comments: