zulkifli nordin dan rakan-rakannya naik basikal tua ronda menemui rakyat- rakyat kata zul boleh dipercayai dan benar
DAP terkejut beruk, memadam api yang dicucuh Zulkifli Nordin (bekas peguam PKR). Api itu marak dan rakyat Malaysia majoriti mula percaya termasuk PAS sendiri mula ragu walau pun mulut kata 'tidak' hati kata 'ya'. Sebelum itu kita tatap apa kata mereka ini:
Dr Tan Seng Giar Timbalan Pengerusi DAP kata pucuk pimpinan DAP, PAS, PKR sering bincang isu-isu pokok PR berkala. Zulkifli tidak pernah ikut, mana dia tahu ada perbincangan sulit ?.
Titian Chua Pengarah Strategik PKR kata Zulkifli perlu buktikan perjanjian syaitan. Zul tidak pernah pegang jawatan tertinggi dalam PKR tetapi dakwa serba tahu rahsia parti.
Mahfuz Omar PAS mengatakan Zulkifli bohong kerana di upah. Manakala Mohammad Fairus Khairudin Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang kata tidak mustahil kerana Zul rapat dengan DS Anwar.
M. Fairus mengesahkan bahawa DS Anwar pernah menyatakan pendiriannya pada dia bahawa PAS tidak boleh diberi banyak kuasa kerana nanti PAS akan bolot kuasa.
Ahmad Atory Hussin Pensyarah Pusat Kajian Sains Sosial USM kata PKR dan DAP mempunyai persamaan ideology iaitu sosialisma. Tidak mustahil melayu ditindas dan mereka membelakangkan perlembagaan. Tidak mustahil juga raja-raja.
CATATAN PINGGIR
Kita membincangkan tentang 'high-politic' Pakatan Rakyat. Kepimpinan dalam mana-mana organisasi politik heiraki tertinggi menentukan hala tuju sebenar perjuangan. Rahsia-rahsia parti tersusun bertingkat. Dalam pimpinan tertinggi parti tidak semua tahu apa rahsia yang terkandung dalam otak penguasanya.
Dalam DAP penguasa sebenar bukan pengerusi dan Timbalan pengerusi serta komiti pusat. Tetapi Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Jadi tidak hairan jika Tan Seng Giar dan Titian Chua dan sewaktu dengannya tidak tahu.
Dalam PKR hanya 'de facto' seorang sahaja yang tahu segala perancangannya. Tidak ada siapa dipercayai melainkan satu atau dua Think Tank. Dalam hal ini, pada waktu itu Zulkkifli adalah seorang peguam kepada PKR. Oleh kerana Zul dipercayai maka dia masuk dalam kelambu de facto kerana kepercayaan itu de Factor meluahkan segala rancangan sulit dan muslihatnya.
Dalam hal ini PAS dalam keadaan serba tidak tahu kerana yang tahu adalah de factor PKR + Lim Kit Siang + Lim Guan Eng. Nik Aziz ada rahsia lain pula bersama de factor PKR yang mungkin suatu hari terbongkar. Itu pula Lim Kit Siang dan Guan Eng tidak tahu.
Jangan lupa, masih ada banyak lagi yang Lim Kit Siang dan Guan Eng tidak tahu, Nik Aziz dan Hadi tidak tahu. Yang tahu hanya DS Anwar Ibrahim sahaja . DS Wan Azizah dan Azmin Ali pun tidak tahu. Osahkan Titian Chua.
Akhirnya, DS kata kepada semua kepimpinan PKR, DAP dan PAS 'kita pergi kesuatu tempat, syarat semua jangan tanya kemana, yang pasti tempat itu shurga dunia'. Semua kata mahu. Ok kalau mahu jalan kita semua naik pesawat. DS Anwar ambil alih pilot. Pintu bilik pilot terkunci. Siapa tahu kemana ?.
Yang nampak adalah awan yang indah dan berkaca dijendela. Masing-masing tenggelam dalam diri sendiri didalam memori ada gambar shurga yang indah.
Nota:
sebarang komen bagus dibuat pada suara majlis.
No comments:
Post a Comment