TIGA sari utama ucapan dasar Presiden UMNO Pagi ini iaitu agenda perjuangan Melayu yang diasaskan kepada tiga prinsip utama. Tiga itu adalah perkongsian, keadilan dan keserdahanaan.
Thema ucapan Presiden UMNO itu mendaya bangsa-menuju kemakmuran. Boleh dikatakan sepanjang ucapan dasar hanya menyentuh soal-soal politik yang menjadi mainstream.
Presiden UMNO, PM Najib telah meletakan satu garis perjuangan model politik baru bahawa garis itu menjadi panduan kepada UMNO untuk bertindak. Perkongsian, keadilan dan keserdahanaan adalah adalah kelebihan UMNO yang universal sukar dicabar dan merupakan nilai-nilai murni untuk mendayung UMNO jauh lagi kehadapan.
Sebarang terkeluar dari garis besar itu akan mendatangkan mudharat kepada negara bangsa Malaysia. PM Najib bukan sahaja menyeru garisan model baru ini diamalkan oleh UMNO tetapi seluruh parti-parti politik yang berada dalam BN.
Sebarang aksi yang terkeluar dari garis itu harus dirujuk semula agar tidak jauh tergelincir dari landasan. Terkeluar dari itu, negara menempah ketidak setabilan dan penghapusan kepada kemakmuran. Tiga komponen yang terpintal itu merupakan rahsia kejayaan negara yang diterajui oleh kepimpinan terdahulu. Teras kepimpinan adalah orang melayu.
Kebelakangan ini terdapat usaha-usaha yang cuba mencabar kelurusan tiga garis itu melalui matodologi ekstrim, perkauman sempit, melemahkan institusi melayu serta Islam sehingga bergoyang bagi tujuan ingin merampas kuasa. Sudah tentu ia dilakukan oleh individu yang terlalu gila untuk ‘menggenggam kuasa diPutrajaya’.
Hentakan dari mereka menyebabkan UMNO terbawa-bawa dengan gaya ekstrim itu. Jika tersilap ia boleh jadi lebih agresif dan merbahaya. Oleh itu desakan dan ingatan semua pihak supaya kembali kepangkal jalan.
Presiden juga mengingatkan semua pihak agar sosial kontrak tidak perlu diungkit lagi . Sebaliknya semua pihak harus saling menerima asas-asas yang termaktub dalam perlembagaan negara. Tiga garis itu harus dibahaskan perwakilan dalam masa dua hari dari berbagai sudut samada politik, ekonomi, sosial, agama dan pendidikan serta lain-lain lagi. Pengisiannya oleh perwakilan sebagai resepi penggubalan dasar Model Baru Politik UMNO.
Kita harap perwakilan tidak terlalu dhaif dalam memahami untuk menyampaikan idea mengisi dasar Model Politik Baru. Orang melayu harus yakin bahawa mereka boleh memerintah dengan baik berdasarkan tiga prinsip tadi.
SELAMAT MENERUSKAN PERSIDANGAN
No comments:
Post a Comment