OPORTUNIS – DAPAT JAWATAN UNTUK CARI KEKAYAAN





KETUA Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin telah mengenal pasti 10 ciri-ciri negatif ahli pemuda disemua peringkat yang harus dikikis sebagai pengisian kepada Model Baru Politik UMNO.  10 penyakit itu:

01. Elitis dan egois.
02. Suka melihat orang lain dihentam.
03. Syok sendiri.
04. Budaya 'check in'/'check out' dan 'punch card' - hanya tunjuk     muka bila pemimpin ada.
05. Suka 'enter frame'/ gemar mengambil kredit atas usaha orang lain.
06. Budaya 'politik sate' - cucuk dan kipas pemimpin.
07. Baling batu sembunyi tangan.
08. Budaya 'yes man' / 'yes bos'
09. Talam dua muka
10. Oportunis.

CATATAN PINGGIR
Antara penyakit yang menjadi barah meresapi golongan muda adalah mendapatkan jawatan sebagai mobility untuk menjadi kaya-raya semasa muda. Mereka memposisikan diri dikedudukan 'know who' sebagai senjata penting. Mereka seolah-olah jika mendapat jawatan itu tidak memperolehi  kekayaan sebagai gagal. Oleh itu semasa memegang jawatan itu, harus kaut sebanyak mungkin dalam kepelbagaian cara dan gaya.
Know who ini tergantung kepada kedudukan kepimpinan yang ada kuasa. PM, TPM, Menteri-menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar, Exco, wakil rakyat, ketua-ketua jabatan. Jika besar saiz hubungan besarlah kemungkinan habuan yang dikaut.
 Mereka mencari bukan sekadar kecukupan untuk hidup dan menampung aktiviti sebaliknya sepanjang masa dan seberapa banyak mungkin terjangkau. Mereka terpengaruh dengan gaya ahli-ahli koperat. Sebahagian besar ahli-ahli pemuda bercita-cita menjadikan politik sebagai batu pijak untuk melompat kealam koperat.
Golongan makan gaji dipandang kecil untuk memegang jawatan penting. Jika tiada golongan ahli perniagaan untuk bertanding jawatan penting, mereka mencarinya sehingga berjumpa. Ini, kerana sudah ada tertanam dalam fikiran bahawa jawatan penting tidak mampu dikendalikan oleh orang yang bukan ahli perniagaan.
Mereka melabur untuk jawatan dan akhirnya pelaburan mati itu harus diganti dengan berganda. Mereka meninggalkan lapangan pergerakan mencari kekayaan sehingga ahli-ahli diakar umbi terkapai-kapai tiada banyak sentuhan. Tiga tahun lagi mereka kembali dengan wang untuk dilaburkan kembali.
Pemuda diakar umbi sudah memahami hal ini, akhirnya akar umbi fikir tiga tahun lagi jika tidak ada jumlah yang banyak huluran, selamat jalan. Sepanjang tiga atau empat tahun itu, mereka membuat hal tersendiri. Inilah budaya berlaku sejak tahun 2000 disemua peringkat. Menyebabkan UMNO kelihatan lemah.
Know who penting. Barang siapa berkedudukan strategik dalam konteks know who ini berpeluang merabus sebanyak-banyaknya hingga tujuh jenerasi tidak kehabisan. Peluang yang luas tidak terjangkau sendirian dengan itu memerlukan kroni sebagai ejen. Akhirnya nama-nama tertentu meledak didalam pasaran dipublisiti dari mulut kemulut.
Jika pemuda sedar penyakit ini baguslah, tetapi penyakit yang ada tidak mudah diubati kerana ia merupakan kanser yang sudah menyerang keakar rambut. Jika 10 tahun virus itu sampai keakar ia memerlukan 10 tahun rawatan. Lewat, sangat lewat.
Pemuda harus melakukan drastic cleansing menyeluruh. Fikirkanlah caranya.

No comments: