PRK GALAS DAN BATU SAPI – KERJA PASUKAN BUKAN KUMPULAN


SIRIH pulang kegagang, pinang pulang ketampuk, ikan sudah pulang kelubuk. Perwakilan dan pemerhati baru pulang semalam, kemarin ketempat masing-masing. Senyap seperti tikus jatuh keberas. Dalam telinga masih berdaung suara diPWTC.
Berulang-ulang ditelinga adalah seruan PM ia itu 'keadilan, kesederhanaan dan perkongsian'. Mungkin kerana terlalu banyak mesej jadi kelabu yang mana satu penting harus diingat atau mungkin yang berkeladak dalam gegendang telinga suara-suara restoran, suara diruang lobi, suara juru jual digerai-gerai  PWTC kerana tidak masuk kedalam dewan sebagai perwakilan yang diberi mandat oleh ahli.
Biasalah orang UMNO. Ada kala bila balik keBahagian orang yang hanya menonton tv dikampung lebih tahu apa perbincangan didalam dewan dari wakil yang pergi. Malah wakil yang pergi tercungap mendengarnya pula. Sebab dia punch card semasa perasmian dan penggulungan sahaja. Ada yang tinggal  empat hari  keretanya diPWTC, dia berada diMedan Indonesia. Lesen besar katanya.
Imbas kembali, keadilan adalah sesuatu yang seimbang atau sesuatu yang kena pada tempatnya. Serdahana pula satu pergerakan diatas garis lurus, tidak diatas dan tidak dibawah. Tidak lebih atau tidak pula kurang. Perkongsian ?.
Suatu keadaan yang nampak bersama, rasa bersama, keinginan  bersama, usaha bersama, gerak bersama, nikmat bersama serta matlamat pun sama. Sama sedap, sama suka dan sama duka.
Apa yang hendak dikongsi?. Dalam konteks ini saya membawa tentang konsep perkongsian kuasa politik untuk memerintah negara.
Soalnya siapa?.  Sudah pasti melayu, china, india dan bumiputera Sabah dan Serawak. Puak majoriti dan minoriti.
Bila?. Ya.. sepanjang masa selagi  ada bumi dan matahari. Dalam hubungan ini saya menyempitkan  kepada PRK Galas dan Batu Sapi. BN mesti menang.
Bagaimana?. Bukan kah Presiden parti dan PM menyarankan kerja satu pasukan dan bukan kerja dalam kumpulan semasa menggulung perbahasan merangkap penutup tirai PAU. Melayu kumpulan melayu, china kumpulan china, India kumpulan India, Khadazan cara khadazan, Iban kumpulan Iban. Dusun cara Dusun, bidayuh kumpulan bidayuh dan bajau cara bajau serta lain-lain-lain lagi.
Itulah kelemahan besar BN sebelum ini. Satu parti tetapi buat kerja masing-masing hal. Majlis UMNO, MCA  dan MIC tidak serta.  Kempen MCA, UMNO dan MIC serta lain-lain tidak nampak sebagai satu team. Keputusan mahu terbaik tetapi gerak kerja tidak ada silang fungsian. Kalah masing-masing menyalah. Begitulah selama ini.
Sampailah masanya bergerak dalam satu pasukan. Kalah atau  menang tidaklah menuding.  Biasanya kalau kalah berminggu-minggu dimedia upacara salah menyalah.
Kadang-kadang, kita kena akui bahawa Pakatan Rakyat mempunyai  nilai-nilai terbaik itu. Sebenarnya awal-awal post kemerdekaan apa yang diamalkan oleh BN adalah konsep satu team.  Tetapi sekarang praktis itu sudah dawas maka ia dicilup oleh Pakatan Rakyat.
Kini , PR gunakan strategi  yang dipakai oleh penganut BN  dan BN pula pakai apa yang menjadi gelagat politik Pembangkang yang gagal dahulu. Terbalik. Apa lagi ? .  Ruyuplah.
PRK Galas  dan Batu sapi ini tidak ada pilihan lain melainkan kembali kepangkal jalan berkerjasama  dalam satu pasukan.Selesakan diri bersama. Agak sukar sebab bukan senang untuk meruntun egoistic parti yang berasaskan perkauman puak dan suku. Jika berlaku,  Pasti menang.

1 comment:

Anonymous said...

Latok....anh.....

Lu punyie cakap ale beto.. manyak syiok maca punyie.LU punyie celite dan penelangan sinang mau paham.

Gue manyak sukong lu celite. Manyak betu mesti lalam satu pasukan oonh . tatak mau itu apa..kumpulan maa.... balu ade satu ati, satu nyalan, satu gelakan, satu tujuan maa.....
memang moetok . Pasukan itu selupa itu penyapu lidi, lia ada macam-macam lidi, ale lidi nyior, lidi sawit, lidi nipah, lidi kabong. itu penyapu manyak jenis lidi...maa. balu manyak kuat. Apa latang, libut ke.. taufan ke, tsunami loo, antu dan jin ( beto jin punya mukan itu empire china pulba ,itu Monggol manyak malah loo.). Jali olang BN mesti ale ini macam punyie ...maaa.... Kejaan mesti ade punyie.Macam jenis lidi ade...balu magus dan ade ong....maa..

Latok tak pegi makan "anjing" ( angin) ..looo.

Ok...looo. haiya latok sulah makan ka?