ROKET BARISAN NASIONAL
KAJIAN persepsi terhadap politik dan kepimpinan negara Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) Barisan Nasional tetap relevan bagi menghadapi PRU 13. PRU 12 (2008) sokongan BN hanyalah 51%. Pada 18 Ogos lalu UIAM merumuskan hasil kajian sokongan kepada BN melonjak 12 persen. Kini pada status 63 peratus menjunam diudara. Kedudukan Pakatan Rakyat jatuh ke 37 persen dari 49% menuju paras bumi.
KAJIAN persepsi terhadap politik dan kepimpinan negara Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) Barisan Nasional tetap relevan bagi menghadapi PRU 13. PRU 12 (2008) sokongan BN hanyalah 51%. Pada 18 Ogos lalu UIAM merumuskan hasil kajian sokongan kepada BN melonjak 12 persen. Kini pada status 63 peratus menjunam diudara. Kedudukan Pakatan Rakyat jatuh ke 37 persen dari 49% menuju paras bumi.
Peningkatan itu terkesan dari beberapa rasional nyata: Pertama, Keyakinan rakyat terhadap dasar-dasar yang terangkum dalam 1Malaysia PM Najib. Kedua, Apa yang dicanang oleh Pakatan Rakyat adalah terbalik kuang. Rakyat dapat menonton wayang kulit, ianya bukan berlaku dalam BN sebaliknya berlaku dalam PR sendiri.
Ketiga, Pergeseran dalaman parti-parti PR bahang dan pukulannya diterima oleh rakyat jelata seperti apa yang terang-terang terjadi di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor/Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ini adalah sebab-sebab yang mendasari BN tetap relevan.
Terdapat peningkatan sokongan masyarakat Melayu dan China. Tetapi sokongan kaum India merudum. Dr. Azeem Fazwan Ahmad Faruk USM, Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad UIAM dan Hamdan Mohamad Razali UiTM tersahut untuk mengatakan kajian ini dipercayai dan benar bahawa BN masih relevan dan menyarankan supaya didedah kepada umum supaya lebih telus dan adil kepada semua pihak.
CATATAN PINGGIR
PERTAMA, masyarakat pasti mengalu-alukan agar lebih banyak lagi Universiti tempatan yang menawarkan bidang Sains Sosial mengadakan kajian yang konsisten seumpama ini. Ini bagi membuktikan kepada kerajaan dan rakyat bahawa kajian Sains Sosial sangat penting dalam penyediaan sebuah negara maju dan tidak boleh dipandang remeh sehingga kerajaan dan rakyat mendewakan kajian Sains tulen untuk menjana kemajuan dalam bidang teknologi dan ekonomi pendapatan tinggi. Sains Sosial harus tidak dibeza dan dikurangkan.
KEDUA, Untuk membuktikan bahawa cabang Sains Sosial itu penting kita harus buktikan kepentingannya baru ia boleh dipandang dan diangkat tinggi. Kita juga menyedarkan semua pihak bahawa tidak ada gunanya negara membangun tetapi pembangunan manusianya runtuh kerana alpa terhadap ejen sains pembangunan manusia itu sendiri.
KETIGA, barang diingat bahawa dinegara-negara maju pembangunan Sains Sosial itu dianjak kehadapan bersama Sains tulen supaya seimbang. Bagaimanapun, kerosakan moral berlaku kerana membenarkan fahaman liberal menjadi tunggak utama. Journal-journal Sains Sosial harus diketengahkan agar dapat menyediakan pemikiran sosial yang seimbang dengan pembangunan.
KEEMPAT, Hasil kajian UIAM menunjukan sokongan Melayu dan China terhadap BN meningkat sebaliknya sokongan kaum India menurun harus dikaji dengan teliti mengapa berlaku sedemikian rupa.
Apakah benar bahawa peratusan kaum minoriti India yang kecil dinegara ini, berpecah kepada tidak kurang tujuh buah parti politik ( MIC, PPP, MIUP, Makhal Sakti, DAP, Gerakan dan PKR) menyebabkan mereka ketinggalan, tidak berjaya dan akhirnya menyalahkan kerajaan BN ?.
Sedar atau tidak tindakan mereka yang tidak bersatu itu menyebabkan suara mereka kurang didengari dan sukar untuk dibangunkan kerana kedudukan mereka bertabur dalam parti-parti kecil itu menjadi alat semata-mata kepada mereka yang berkepentingan untuk meletakan diri sebagai pemimpin.
Ini semua memerlukan kajian saintifik dari ilmuan sains sosial dan university agar jawapannya bukan sekadar andaian dari pemerhatian sebaliknya rumusan saintifik oleh pengkajian Sains Sosial.
Dengan hasil kajian ini juga situasi kalang kabut dan kelabu dapat distruktur dengan jelas. Seterusnya kerajaan dan rakyat akan berada didalam petak semula. Dalam keadaan yang haru biru tidak diketahui apakah sebenarnya kehendak rakyat dan kemungkinan pemerintah akan memberi injeksi tersalah ubat. Sakit lain dibagi ubat lain.
KERAJAAN BN akan selesa berada diketinggian 70 peratus dari aras laut !. Kurang 7 persen lagi. Pecut beb... Jangan tak pecut !. Patahkan saja mana yang hencut hahaha...
Oic dah jam 4.15 pagi...Shsss... nanti kejap ! nak selongkar ! ada lagi tak nasi sejuk ?
3 comments:
Salam.Bagaimanapun BN perlulah mencalonkan pemimpin pemimpin yang bersih dari rasuah untuk dan yang berkhidmat untuk agama bangsa dan negara bukan hanya untuk memenuhkan poket mereka sahaja.Jika calon yang dipilih tepat sudah tentu rakyat akan mengundi UMNO semula.Buang semua pemimpin yang mempunyai rekod buruk dulu.
Itulah masalah BN bila rasa kuat sahaja mulalah mereka besar kepala. Mereka ada pula pilih kuota samseng atau penyangak.
apa kata chenerong ular ? cuti ke?
Post a Comment