ZALIM

Para ilmuan Mesir mengatakan Firaun lambang kezaliman mati tenggelam

PERSEPSI  masyarakat penubuhan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah untuk membela DS Anwar Ibrahim yang dipecat 1998. Sebenarnya gagasan lebih lebih besar dari itu. Ia bertujuan menentang sebarang bentuk kezaliman dan ketidak adilan  sepanjang masa. Bukan hanya tujuan semasa diketika itu sahaja.  Itulah cahaya menerangi perjuangan mereka sebenarnya.
Adil adalah meletakan sesuatu ditempat yang sewajarnya. Zalim meletakan sesuatu tempat yang tidak kena. Contoh mudah:  Seorang bapa membelikan anak lelakinya songkok dan baju melayu  dan anak perempuannya sepasang baju kurung dan kain tudung. Itu adil. Sebaliknya jika dia membelikan songkok untuk anak perempuannya bermakna dia zalim. Tidak kena pada tempat.
Jadinya, perjuangan menegak keadilan itu harus sesuaikan dengan apa yang sepatutnya. PKR yang menentang ketidak adilan dimana-mana dan sesiapa sahaja. Tidak kira ia disebelah pemerintah atau amalan disebelah diri sendiri, rakan-rakan malah parti komponen Pakatan rakyat. Janganlah bila kerajaan tidak adil nampak, tetapi sebelah pembangkang pula buat tidak nampak. Perbuatan pura-pura tidak nampak itu adalah satu kezaliman.
Kita bersuara dimana-mana. Dipentas, di Parlimen, keliling dunia menyatakan kezaliman berlaku disekeliling pinggang kita. Kezaliman pihak pemerintah. Bila dipihak kita zalim, kita tahu dan mendiamkan diri, tidak perduli atau melatakan kesalahan itu dibahu orang lain. Kita zalim kita tuduh orang lain. Itu double standard !.

Satu lagi teknik perang saraf, kita  bergendang tin mengatakan pihak lain tidak adil, zalim supaya seluruh alam tidak nampak apa yang kita lakukan. Itu reverse psychology jual longgok. Ia tidak dapat menutup belang yang menjadi topik umum. Psykololgi terbalik itu sebenarnya juga satu ketidak adilan. Mengapa begitu?.  Kesalahan sendiri ditutup, kesalahan orang dijaja.
DASARI adalah ketua barisan Pakatan. PAS dan DAP adalah anak buahnya. DASARI harus menegur sebarang salah laku moral dan etika anak buahnya. Seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit.
Contohnya, kezaliman yang dilakukan oleh pengaku Khalifah Omar Abdul Aziz diPulau Pinang. Melenyapkan tempat kediaman komuniti India di Kampung Buah Pala. Jika tanah Buah Pala itu diambil ia mesti diberi pilihan lain dimana setimpal dengan susah payah mereka. Ia tidak boleh mendadak. Mereka harus diberi masa untuk memahami. Bukan cara memulas hati jantung mereka. Itu Zalim walkejam.
Merobohkan gerai-gerai dan menghapuskan peniaga-peniaga kecil, penjaja dipulau Mutiara itu.  Cadangan mengambil tanah-tanah perkampungan melayu, melupuskan cadangan perumahan kos rendah, tanpa alasan mudharat dan  berbagai lagi rencana LG Eng terhadap  bumiputera adalah  satu bentuk kezaliman. Kemana budibicara ?.
Mengapa penghapusan perumahan kos rendah diklafikasikan zalim? Kerana ia menghapus peluang golongan miskin dan pendapatan rendah untuk berlindung dari hujan dan panas. Membiarkan kemiskinan terkembang adalah satu kezaliman besar !.

Sempena bulan mulia dibulan Syawal, warga emas dan golongan miskin menerima sedekah dari LG Eng dari sumber judi adalah satu bentuk kezaliman dari bukan islam kepada umat islam. Bukankah itu tidak kena pada tempatnya?.  Zalim itu bukan bermakna membunuh, menyeksa semata-mata.  Menyuapkan rezki sumber haram kepada umat islam juga kezaliman. Kemana hilangnya suara ?.
Jika kita tidak bersuara, kita bersubahat. Subahat juga adalah satu bentuk kezaliman. Jadi rakyat posisikan kita sama sahaja dengan taraf mereka yang melakukan perkara yang tidak kena itu. Jika kita dituduh 'Islam liberal' kita memekik dan mengamuk !. Padahal itulah gelagat kita pamirkan kepada umum.
Islam liberal adalah Islam yang bebas dari sebarang sekatan dan hukum-hakam. Islam liberal bermakna nampak Islam tetapi sebenarnya tidak Islam. Tidak ada liberal dalam Islam. Kerana liberal adalah musuh Islam nombor satu !.  Liberal direka untuk menentang sebarang unsur agama, tidak mengira apa agama. Islam ada peraturan dan hukum dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara.
Sekali lagi !,  kezaliman adalah meletakan sesuatu yang tidak kena pada tempatnya. Jika pihak yang tidak bersalah dihukum, zalim. Jika yang bersalah tidak dihukum zalim. Jika yang halal diharamkan, zalim.  Barang yang haram dihalalkan, zalim. Jika wanita dijadikan lelaki, zalim. Begitulah sebaliknya. Jika Isteri dibebankan dengan apa yang sepatutnya kita pikul juga zalim. Menyalahkan semua orang lain dengan tidak memeriksa diri juga zalim.
Mengkafirkan sesama Islam, Zalim. Menyandarkan wahyu kepada akal, zalim. Menolak usaha perpaduan ummah, zalim. Mengaul orang lain yang sedang sakit supaya mati, zalim. Lidah bercabang juga zalim.  Lor.. kalau begitu zalim belaka lah !.  Ya..  tahu pun.
Zalim dengan kejam berbeza. Walaupun pada bahasanya sama. Tidak membetulkan apa yang zalim juga adalah zalim. Jadi zalim itu sangat luas maknanya. Seorang pemimpin sangat besar tanggung jawabnya terhadap kezaliman. Bukan mudah, jika kita mengakui adanya akhirat! Dan berpegang kepada kalimah syahadat.

Emmm. Cukuplah. Lebih-lebih nanti zalim pula !.

3 comments:

YANG GAMBI said...

Bagi mereka itulah kebenaran, tanpa segan silu mendakwa, merekalah dari kalagan ahlil syurga sehingga telah berlaku zalim kepada orang-orang yang telah memberi kesejahteraan kepada mereka...

chenerong ular said...

Salam SM,..Pengertian ZALIM AMAT LUAS,apa yang diterangkan dan dituliskan di posting saudara telah mencakupi SEBAHAGIAN erti kezaliman,apa yang membanggakan saya ialah diantara ayat terakhir yang saudara tulis."JIKA KITA MENGAKUI ADANYA AKHIRAT,dan BERPEGANG kepada KALIMAH SYAHDAT".SEPERKARA kita selalu lupa atau alpa yang kekadang kita juga mengzalami diri kita sendiri tanpa kita sedari.ingat!!!. doa orang yang selalu di zalami selalunya akan di makbulkan oleh ALLAH S.W.T.Balasan pasti kita terima,mungkin sekarang diwaktu kita ,maseh bernyawa lagi atau pembalasan selepas nyawa kita di cabut.YANG PASTINYA PEMBALASAN PASTI KITA TERIMA DIATAS SIKAP ZALIM KITA... Fikir fikir kan lah... WASALLAM

Anonymous said...

Apa yang penting kita faham erti zalim dan mengelaknya. Kadang2 bila kita hukum orang yang zalim ada pihak kita zalim kerana mereka tidak faham duduk perkara, wallahu alam.