AHLI MEMBERONTAK?- PKR PEDULI APA?





Lebih 600 orang ahli PKR tunjuk perasaan berkumpul dihadapan Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya mula 4.30 ptenag semalam. Ketua demo tersebut bekas bendahari PKR Selangor S.Kottapan dan dihadiri juga oleh P.S Jenapala bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR Pusat. Mereka mendesak DS Anwar dan Azmin Ali meletakan jawatan.
Antara poster dan kain rentang mereka berbunyi:
'URUS 400,000 DULU, SEBELUM URUS 26 JUTA RAKYAT MALAYSIA. SELESAIKAN DULU KES  LIWAT SEBELUM BICARA SOAL KETELUSAN PEMILIHAN PARTI'
'KEADILAN YANG TIDAK ADIL'
'ANWAR DAN AZMIN PEMIMPIN YANG PALING KOTOR. CAKAP TAK SERUPA BIKIN, PILIHAN PARTI YANG PALING KOTOR, PENIPU, PEMBOHONG DAN PENGKHIANAT' ( UMal Nov22, 2010:5).

CATATAN PINGGIR
Situasi PKR sekarang dapat digambarkan seperti musim cendawan tumbuh atau musim durian luruh. Sana- sini memberontak, demo, mahkamah, bantahan, bergaduh, bertengkar. Apalah semua ini?.
Orang tua-tua kata jika ayam dalam reban gempar tanda ada musuh masuk dalam reban. Ia samada musang, biawak, ular sawa atau manusia.
Bahaya ular sawa sebelum dia telan ayam, sawa itu membelit rata.  Mana-mana ayam yang ditangkapnya akan dibelit hingga tulang ayam itu reput dahulu baru ditelannya. Ular sawa jika kekenyangan selepas menelan mangsa ia tidak akan lari. Buatlah apa sahaja dia tidak akan melawan. Hanya matanya terkelip-kelip. Ia tidak kisah walau pun ayam lain gempar.
Jika musang, selepas dia mencekup seekor ayam, ia akan keluar lari membawa ayam itu jauh-jauh. Jika disekitarnya selamat baru dia makan ayam tersebut dengan relax.
Biawak pula menangkap ayam didalam reban dan ayam sedang menggelempas dibawa lari keluar reban. Tidak jauh dari reban dia akan makan ayam tersebut.
Manusia pula, dia menangkap ayam jika dalam keadaan mencuri, ia akan bungkus ayam tersebut dengan kain basah. Ayam yang kesejukan itu akan senyap, jadi tuan punya ayam tidur lena.
Besuk lusa tuan punya ayam lihat bibirnya berminyak lepas makan kari ayam curi itu. Sedap sangat sedap, malam lain dia mencuri lagi. Hingga disedari oleh masyarakat sekeliling apabila polis mencarinya kemudian digari  dan dibawa kebalai.
Lepas itu  dia turun naik mahkamah kerana kes 'ngap' ayam orang waktu malam. Apabila peguam tanya "mengapa kamu mencuri ?" Dia jawab  mudah !.  "Makan barang curi rasanya sangat luar biasa !. Sedapnya hingga menjilat jari" .
Peguam tanya lagi antara ayam betina dengan ayam jantan mana lebih sedap?. Sambil senyum dia menjawab " mana boleh lawan sedaplah ayam jantan!" ahak..hak..hak.
Kepada kaum wanita jaga-jaga jangan sampai suami keluar makan mencuri ! kah..kah..kah.. Sekarang media arus perdana sibuk siar banyak kes cerai. Kes cerai yang setiap hari disiarkan ada lah kes Datuk Zaid Ibrahim ceraikan PKR talak tiga !. Kah..kah..kah..
Dalam sepanduk diatas itu tadi pun tidak lama lagi campak talak tiga juga gayanya. DiSabah, Philip Among orang kuat Naib Presiden PKR DDr. Jeffrey Kitingan sudah lepas talak tiga pada PKR semalam.

2 comments:

chenerong ular said...

Salam dato, met nya gambar di atas tu nampak gelap jer ahli ahli PKR , salah kamera gamok nya, ater gambar yang buat demo kat depan bangunan pkr yang di tayang kan oleh tv 3 nampak gelap juga, tapi gambarnya terang ari tu.

Tulah padahnya nak buka kepada semua orang menjadi ahli, kena ke puak itu tak tahan kita weh, hura hara nuar di buatnya ?

BN bijak, parti masing masing lepas tu kita gabung. mampus lah wok mer berkalau kepuak yang sentisa tak puas hati tu, kah kah kah kah, ekekekek..............eerrrrrrrrrpp, kenyang datuk menyedup lembu korban, nasib baik tak ada unta,kalau tidak puas menelannya leher panjang ?

Anonymous said...

c.ular jangan lah perli...tak baik. tak tercekit ke menyedut lembu korban. ingat kena kunyah 40 kali sebab awok bukan ular.