BOLEH SUKA SYARAT KERJA BERGANDA - TS MUHYIDDIN




ANGGOTA BN diingat tidak anggap trend diBatu Sapi dan Galas berterusan hingga leka berada dizon selesa. Sebaliknya ambil pengajaran dan pendekatan kerja berlipat ganda. Sebelum ini bayak pihak tidak yakin tembusi mentaliti orang Kelantan yang dikatakan cenderung kepada Pas.

Kemenangan itu menukar persepsi dan psikologi bahawa tempat yang keras seperti itu boleh tembus kerana pemikiran rakyat sentiasa berubah mencari rasional dan meneliti kebaikan dasar-dasar kerajan BN. Penyakit cepat puas juga wajar diketepikan.  Sedutan kenyataan TS Muhyiddin Yassin Utusan Nov 6, 2010:2


CATATAN PINGGIR

Riang dan gembira ketika beroleh kejayaan tiada yang dapat menghalang. Gembira itu satu anugerah tuhan setelah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Hanya Tan Sri Muhyiddin mengingatkan ada suka dan duka yang lebih besar menunggu dihadapan dan memerlukan kerja-kerja berganda.

UMNO telah berlajar dari kesilapan besar PRU 12, dan parti-parti komponen harus mengimbas apa yang menyebabkan BN menang dan apa yang menyebabkan Pakatan Rakyat tewas. Sesuatu yang baik diteruskan yang tidak baik dijadikan sempadan.

Antara pengajaran yang paling besar adalah tidak silap memilih calon yang boleh diterima oleh Masyarakat setempat. Kedua, kerja berpasukan, ketiga, sentiasa merasakan masih kalah dan perlu bertungkus lumus sampai kesaat akhir, keempat, tidak banyak pemimpin terlebih mulut hingga boleh dipertikaikan, kelima, budaya menyerang bukan bertahan keenam, personal touch ketujuh, tiada cas keting dan berbagai-bagai lagi.

Kali ini tidak terdengar bahawa jentera luar yang pergi membantu menunjukan kemewahan, eksyen hingga memualkan pengundi.

Kepimpinan pusat juga harus lebih terbuka dan rapat dengan media baru kerana peranan mereka membentuk persepsi dan propaganda yang berkesan serta menjadi rujukan setiap saat apa yang berlaku dimedan pertempuran dan lapuran mereka benar dan dipercayai terutama golongan muda.


No comments: