BANTUAN BANJIR – KERAJAAN KEDAH PILIH KASIH




Gempar wawancara Tv3 kerajaan Kedah pilih kasih dalam penyampaian bantuan banjir. Ejen-ejen kerajaan negeri hanya memberi bantuan kepada ahli-ahli mereka sahaja. Mereka yang bukan ahli dipinggirkan.
Lebih gempar pusat pemindahan banjir tiada bayang dan batang hidung wakil rakyat parti berkenaan melawat dan mendengar masalah rakyat. Sultan berangkat barulah penuh dibelakang mengiring Tuanku.

SEMBANG TENGAH MALAM
Tidak semudah digambarkan bahawa memerintah sebuah negeri hanya berkisar diatas kerusi roda empuk ketika rakyat mengharungi berbagai-bagai iklim kehidupan. Sikap lepas tangan terhadap rakyat yang ditimpa bencana amat dikesali.
Rakyat tidak menagih pertolongan jika dalam keadaan biasa dan mampu berdikari. Walau bagaimanapun, kerajaan tidak harus melarikan diri dalam situasi rakyat tersepit dan terdesak.
Menyebut soal-soal bencana alam, ia adalah terkait dengan hubungan manusiawi. Sewajarnya mengatasi batas-batas politik, perkauman dan warna kulit. Rakyat akan membuat penilaian dan ukuran dalam saat genting begini samada sesebuah kerajaan itu prihatin atau tidak terhadap permasalahan rakyat.
PM Najib dalam edah rawatan masih bertanya tentang khabar rakyat dilanda banjir apa keadaannya?. Dia risau dan bimbang rakyat menderita tanpa bantuan. Dalam masa kesihatannya tidak jernih pemimpin-pemimpin BN dan anggota pentadbiran awam dikerah supaya mangsa dibantu tanpa mengira segmen politik, kaum dan sebagainya.
Apa kah rakyat Malaysia tidak sedar bertapa adilnya kerajaan BN yang cukup lama dan berpengalaman membela kehidupan rakyat samada susah dan senang?. Apakah masih mahu mencuba yang baru lagi?
Apakah dengan pilih kasih itu mampu membentuk imej kerajaan kebajikan ?. Kebajikan apa jika muka pun tidak nampak? Nah... sekarang fahamilah.. bahawa bikin tidak semudah cakap.
KEMBALILAH KEPANGKAL JALAN

No comments: