DS ANWAR KETUAI PELABURAN MALAYSIA DILUAR NEGARA






Bekas Naib Ketua AMK Mohd Zahid Md Arif kemarin mempersoalkan DS Anwar Ibrahim " Apakah kejayaan kejayaan Penasihat Ekonomi Satu Ringgit itu membangunan Ekonomi Selangor?.  Anwar bukan pakar ekonomi".
Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong bekas ahli PKR tidak terkejut dengan tindakan Penasihat PKR itu.
Ezam Mohd Noor juga membuat kenyataan semasa jadi Menteri Kewangan  DS Anwar memberi kontrak runding terus kepada 15 syarikat kroni-kroninya berjumlah 15 bilion. ( Umal Nov18,2010:8)

CATATAN PINGGIR
DS Anwar adalah tokoh ekonomi  yang pernah menjawat Menteri Kewangan Malaysia hinggalah sebagai pos terakhir sebelum dia dipecat. Pengalaman itulah meletakan beliau mahir seluk beluk ekonomi mikro dan makro.
Mengapa hanya dia minta  RM1 (Seringgit) sebagai Penasihat Ekonomi Selangor?. Jawapannya mudah. Seringgit itu adalah 'golden pay'. Seringgit itu boleh jadi sejuta, 100 juta, 1 bilion atau nilai satu negeri Selangor. Orang yang bijak dia tidak minta nasi disendukan tetapi dia meminta senduk sahaja.
Tadi kata DS Anwar membawa misi pelaburan diluar negara, betulkah ?. Ya..Ya.. dia sedang sibuk melabur diluar negara. Sekarang berada diluar negara berjumpa dengan para pemain modal disana.
Apa bidang pelaburannya?. Ooo.. pelaburan besar yang boleh menjadikan Malaysia termashur dijagat raya.  Apa dia? Suspen sajalah. Cepatlah bagi tahu !?.
Dia melabur dalam bidang penerbitan berita. Penerbitan berita?. Ya..ya.. News.  Antara pelaburan besar yang tergempar adalah 'memburukkan Malaysia diluar negara'. Banyak produk-produknya diketengahkan kepada rakyat asing.
Antaranya Isu liwatnya, Isu inkues Tan Beng Hock dan berbagai produk lama seperti isu-isu ketidak adilan pemerintah, rasuah dan sebagainya.
Bagaimana pemasarannya ?.  Emm... susah sikit.  Mengapa susah!.  Masyarakat dunia sudah mula  berubah. Berubah ?. Apa yang masyarakat dunia mahu ?.
Mereka suka melihat Malaysia sebagai sebuah model negara Islam yang termoden dan maju yang diperintah oleh parti multi-racial BN, sejak merdeka 53 tahun yang silam.
Jadi, DS Anwar adalah seorang pelabur yang tidak ikut trend dan ketinggalan zaman  kah..kah..kah..
Adek lontong satu, tea tarik satu. Pagi ini kena sarapan diwarong ala Johor pula. Badan pun dah bau kari sejak banyak makan direstoran mamak !. Aaahak..hak..hak..

No comments: