Sidang DUN Johor, ADUN Pulau Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong desak kerajaan banteras usahawan judi yang dianggarkan 3000 orang berulang alik dari Johor ke Singapura. Purata setiap orang belanja RM2,400. Total anggarannya RM200 juta perbulan. Mengikut maklumat 30 buah bas berulang alik kepusat perjudian. 7 darinya beroperasi diSingapura.
Kesan dari gejala itu, ramai yang menghabiskan duit gaji berjudi, simpanan tetap dicairkan, jual harta benda dan ramai berhutang dengan Along. Lanjutan dari itu, timbul masalah keluarga dan masalah sosial. ( umal Nov19,2010:Front )
CATATAN PINGGIR
Judi adalah penyakit sosial paling sukar dibendung apa lagi dihapuskan. Berdasarkan pemerhatian, Malaysia adalah negara paling ramai kaki judi didunia jika nisbahnya dibanding dengan jumlah penduduk.( belum ada kajian).
Budaya judi dikalangan masyarakat terlatih sejak zaman remaja lagi melalui berbagai cara termasuk perjudian computer disiber cafe.
Bilangan penjudi dikalangan umat Islam agak kecil kerana Islam melarang keras umatnya berjudi. Walau bagaimana pun pengaruh budaya siber cafe ianya ikut merebak. Nombor-nombor ekor dan loteri juga jadikan ramai umat islam terlibat dalam judi.
Dari 3000 itu dipercayai persen orang melayu dan India agak kecil. Yang pasti jumlah besar adalah dari kaum China.
Kita jangan malu mengaku jika sesuatu itu menjadi kelamahan masyarakat kita, andai ianya benar. Bangsa melayu ada penyakit lain ia itu dadah, rempit, buang bayi dan lain-lain.
200 juta sebulan, jika setahun 2.4 bilion mengalir keluar negara. Penagih tegar Internasional pula datang melancung dan berjudi diGenting Highland dengan nilai berpuluh billion USD. Jika dikaji dari segi ekonomi masuk melebihi keluar. Untung ..kah..kah..kah..
Apa yang menyebabkan penjudi jadi ketagih?. Jika terus menerus kalah mereka akan rasa serik. Tidak akan bermain lagi. Ketagih itu, ada masa kalah dan ada masa menang. Kadangkala kalah sekali, menang berganda. Itu sebab ramai yang penjudi jadi 'gila'. Terus baca sedikit lagi.
Ada yang sudah menang besar tetapi tamak lantas bermain secara gila-gila. Ada yang bermain berniat untuk jadi kaya-raya dengan bermain satu kali sahaja. Tetapi tergusur.
Akhirnya, tidak ada sesiapa yang kaya atau hidup senang lenang kerana judi melainkan menjadi taukey judi.
Sukar untuk kerajaan halang kegiatan judi diluar negara. Dasar terbuka keluar masuk negara tidak boleh ditarik sewenang-wenangnya. Jika diperketatkan dasar terbuka itu, menyukarkan orang lain yang melancung bukan tujuan judi.
Bila skrin terlalu ketat, pilihan raya mereka akan kata kerajaan diktator, tidak ada kebebasan dan berbagai-bagai lagi.
Sepatutnya ADUN itu cadangkan alternatif bagaimana kerajaan boleh bertindak. Jika praktikal ia boleh dilaksanakan. Inilah masalahnya bila hadir sidang dewan tidak ada homework kah...kah..kah...
Hanya kaki judi boleh tahu untuk tangkap orang berjudi. Aahak..hak..hak..
Jangan lupa, dinegeri-negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat perkembangan judi dan pusat latihan judi berkomputer dikalangan remaja kembang tidak terkawal sekarang. Mereka halalkan nama 'simulasi hiburan keluarga' atau nama manis yang tersohor siber cafe.
Lee Kuan Yew senyum bila dengar Datuk Tee Siew Kiong berucap penuh semangat. DAP kata " bagus..bagus.. Lee Kuan Yew bijak". Apa macam?.
No comments:
Post a Comment