PM Najib bidas DS Anwar semalam kerana mengeluarkan suara sumbang memburuk-burukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam moden tidak mencerminkan pendapat arus perdana dunia. Kekejian Penasiahat PKR itu hanyalah suara minoriti bercanggah dengan pengiktirafan pemimpin dunia terhadap kejayaan Malaysia. (UM nov18, 2010:2)
PM Australia Julia Gillard telah membuat kunjung pertama secara rasmi keKuala lumpur baru-baru ini, dalam membina hubungan baik antara Malaysia dengan Australia. Glliard telah memuji Malaysia sebuah negara Islam moden yang maju.
PM Australia Julia Gillard telah membuat kunjung pertama secara rasmi keKuala lumpur baru-baru ini, dalam membina hubungan baik antara Malaysia dengan Australia. Glliard telah memuji Malaysia sebuah negara Islam moden yang maju.
DS Anwar diwawancara oleh Sky News Australia semalam, bagi memancing sokongan antarabangsa dalam isu kes liwatnya. " Mereka (Gillard) tidak boleh hanya pergi keMalaysia dan berkata 'ini adalah negara Islam yang bagus. Saya menganggapnya sebagai penghinaan' katanya seperti dipetik dari The Australian hari ini.
DS Anwar juga kesal kerana sulit memujuk kerajaan Australia bagi datang keMalaysia ( bagi memberi tekanan) bagaimana pun mungkin dapat mengajak beberapa ahli Parlimen Australia menyuarakan pendirian mereka.
DS Anwar juga bersungut " sepatutnya New Zealand dan Australia negara demokrasi contoh di Asia menyontohi Indonesia yang memberi sokongan kepadanya dalam Isu liwat dsb" ( UM Nov17,2010)
CATATAN PINGGIR
Pertama, PM Australia sangat kagum melihat Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju. Beliau tidak pernah lihat ada negara Islam semaju Malaysia didunia berdasarkan apa yang terjangkau dalam pemerhatiannya terhadap dunia Islam.
Kedua, Sebagai Perdana Menteri kerajaan Australia dia bebas memberikan pendapatnya terhadap sesebuah negara lain samada maju atau sebaliknya. Tiada pihak yang boleh menghalang jika dia ingin mengiktiraf Malaysia maju.
Ketiga, Mengapa pula DS Anwar merasa terhina ada pihak luar mengiktiraf negara ini maju dengan ikhlas hatinya?. Apakah satu kemuliaan jika ada pihak luar mengatakan rakyat dan negara ini masih kuno atau purba?.
Keempat, Jika ada orang merasa terhina bila negara dikatakan maju dan mulia dikatan mundur atau kuno, orang itu sakit dan harus mendapat rawatan pakar.
Kelima, Apa hak anggota Parlimen luar untuk menekan sistem keadilan diMalaysia?. Apa perasaan rakyat negara itu jika rakyat Malaysia mengatakan mereka adalah pemimpin dari masyarakat 'orang liar' yang menggangu sistem perundangan negara lain.
Keenam, Australia dan New Zealand memahami bahawa demokrasi rakyat negara itu tidak boleh disesuaikan dengan lanskap politik diMalaysia kerana banyak faktor.
Ketujuh, Bila pula Indonesia secara terbuka menyatakan sokongan kepada kes liwatnya. Demonstrasi Bendera dan Laskar merah putih bukan atas sebab kes itu sebaliknya mereka berdemonstrasi kerana Isu sempadan yang tidak selesai dan dalam perundingan sempadan dikira banyak merugikan mereka.
No comments:
Post a Comment