GERAKAN REFORMIS Rakyat Malaysia Presidennya Ramlan Abu Bakar beri katadua kepada DS Anwar Ibrahim, berundur cara terhormat atau tindakan radikal yang akan memalukan Anwar dari GR !.
Katanya, Pejuang Reformis sangat malu dengan kepimpinan DS Anwar yang tidak habis-habis dilanda krisis moral peribadinya. DS Anwar sepatutnya menyerahkan kerusi ketua pembangkang dan jawatannya dalam PKR kepada orang lain hingga kes liwatnya selesai.
DS Anwar lebih mementingkan diri dengan menggunakan kedudukan KP itu untuk survival dirinya. DS Anwar kini menjadi beban kepada PKR hingga memberi imej buruk kepada Pakatan Rakyat. (UM Nov17,2010:4)
SEMBANG MALAM
Latar: Gerakan Reformis adalah barisan hadapan 'Reformasi' yang mempertahankan DS Anuwar dipecat 1998 kerana dianggap di inaya oleh Tun Dr. Mahathir. Apabila PKR tertubuh, GR menjadi badan pengawas PKR yang disertai oleh golongan generasi baru Malaysia dipimpin oleh Ramlan Abu Bakar.
Ramlan adalah Golongan Generasi baru selepas merdeka berjuang bermati-matian bersama angkatannya yang mempunyai idealisma keadilan, ketelusan, akhlak dan moral, menentang rasuah, serta kepimpinan yang bersih demi bangsa, agama dan negara.
Setelah 12 tahun berjuang mereka menjadi matang dan rasional. Prinsip perjuangan masih kekal memperjuangkan idealisma GR. 12 tahun juga mereka menilai 'siapa sebenarnya Anuwar'. Ternyata apa yang mereka pertahankan selama ini adalah kepalsuan dan sia-sia semata dan 12 tahun juga mereka menegakan kepimpinan yang batil.
Allah swt telah memberi mereka petunjuk dan hidayah kerana terinaya diperalatkan pada perjuangan yang palsu. Janji Allah swt bahawa kebenaran itu tetap bercahaya walaupun lambat. Perjuangan Islam sendiri memakan masa lebih 22 tahun diatas pimpinan Rasulullah saw barulah sempurna.
Allah swt sangat luas ilmunya. GR telah dibentangkan segala kebatilan dihadapan mata. Segala kepalsuan dan kebohongan selama ini dapat dilihat satu-satu bagi yang berfikir dan mencari kebenaran dalam perjuangan.
Ramlan dan GR tidak akan berjaya mengusir DS Anuwar dari jawatannya dalam PKR. Dia tidak akan mengundur diri kerana itulah satu-satunya yang bernilai dalam hidupnya. Cita-cita besar itu tidak semudah amaran GR untuk dikorbankan. Sebaliknya dia akan bertanya siapa? "Siapa kamu?" berkuasa untuk menyuruhnya keluar dari rumah yang dibina dari titik peluhnya.
Bagi DSAI , GR adalah remeh, parasit, liability, pembising dan tidak menggatalhan kulit. Anuwar sekarang bukan Anuwar dahulu. Anuwar sekarang Anuwar – Lim Gunn Eng, Anuwar- Nick Aziz, Bukan lagi Anuwar reformasi. Gerakan Reformasi telah ditelan zaman.
PKR tidak berpijak dibahu Gerakan Reformasi lagi. PKR sudah dijunjung oleh Pas dan DAP. Anuwar sendiri malu mengangkat Gerakan Reformasi. Dia lebih selera melihat Bendera dan Laskar merah putih diJakarta jika dibanding dengan GR.
Habis apa jadi dengan amaran GR ? emmmm.. tak ada komen. Hai.. tak kan tak ada idea ? . Nabil kata Lu Pikeeeeeerrrlah sendiri.
No comments:
Post a Comment