DS NOH OMAR DAN ORANG MINYAK





DS Noh Omar, Menteri Partanian terpaksa tubuh satu pasukan khas siasat selewengan diesel bersubsidi bagi meringankan beban nelayan melibatkan Kementerian  DS Ismail Sabri KPDNKK dan SPRM, LPKP dan Kementerian Pengangkutan  Sehingga kini 19 orang dicekup dan darinya 13 ditahan. Kerajaan dikatakan rugi sekitar 250 juta dalam penyelewengan tersebut.

CATATAN PINGGIR
Serba Salah, tolong salah, tidak tolong salah. Subsidi bahan bakar itu dibekalkan kepada Nelayan  supaya mereka dapat mengurangkan beban hasil kenaikan harga minyak dan mengawal harga ikan supaya tidak melambung diruang pasar, sekali gus membantu rakyat seluruhnya supaya dapat makanan yang berkualiti. Akhirnya jadi masalah dan memeningkan banyak pihak terutama DS Noh Omar dan DS Ismail Sabri.
Rupanya benda boleh jadi duit, kita tidak boleh percaya pada semua orang. Mereka yang kelaut bergelombang dengan ombak menangkap ikan, yang tinggal didarat menjual minyak. Bila keluar berita, nelayan pula dikatakan orang minyak.
Kadang kala, ada hikmahnya sesuatu itu berlaku. Dengan itu kita akan tahu dimana kesilapan dan kesalahan  kita dalam pengurusan. Dapat kita membetulkan lebih kemas lagi.  Beberapa lama sistem itu berjalan baik, manusia tetap mencari  kelemahan-kelemahan sistem itu lalu mereka mengeksploitasi semula.
Selagi kita bernama manusia, setiap apa yang dipelan mesti ada kelemahannya. Maka kelemahan itu memberi peluang kepada golongan yang tidak beretika , tidak ikhlas, khianat, tidak jujur menyalah gunakannya.
Contohnya, kekuatan negara kita bergantung kepada sejauh mana perpaduan kaum.  Dalam kekuatan ada kelemahan. Orang seperti DS Anwar mencari kelemahan  berbagai penjuru  perpaduan itu untuk ditebuk supaya bocor.  Setelah ditebuk rata maka berlakulah kebocoran.
Dengan kebocoran itu memberi harapan  untuk mencapai cita-citanya. Dengan itu ia mengapi-apikan sentimen  perkauman, agama, ekonomi dan sebagainya. Sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri  sudah tentu kaum lain agak percaya dengan hasutannya. Mereka termakan sehingga satu ketika keadaan menjadi agak tegang.
Kaum lain tidak berfikir panjang, majoriti kehidupan mereka bergantung kepada  situasi keamanan.  Jika berlaku huru hara adakah mereka boleh berniaga.  Jika ekonomi rakyat dan negara merosot adakah kuasa beli mereka?. Sepatutnya merekalah orang yang paling sensitif pada keamanan, bukan terbawa-bawa dengan hasutan Ketua Pembangkang itu.
Dalam  minyak pun ada cerita politik juga?. Oh..ya.. terbabas. Baik kita balik kepada fasal minyak. Tidak fasal-fasal  menteri sibuk  tangkap orang minyak.  SPRM dan KPDNKK juga sibuk.  Jadi hasrat membantu itu sudah jadi memenatkan pula.
Alih-alih DS Noh Omar  yang menjadi menteri pertanian tiba-tiba jadi menteri orang minyak pula kah..kah..kah.. Sepatutnya dia buat kerja lain yang lebih penting. Bukan senang ingin menangkap orang minyak.  DS Noh terpaksa panggil SPRM dan KPDNKK  itu sesuailah mereka memang banyak pengalaman jadi orang minyak.
Dikala nelayan sibuk turun kelaut menangkap ikan, orang didarat ( depot)) sibuk menjual minyak. Oleh kerana subsidi itu atas nama nelayan maka nama nelayan yang kotor. Orang lain makan nangka orang lain pula kena getah.
Walau pun kerajaan memberi subsidi minyak kepada nelayan tetapi harga ikan tinggi juga. Kemudian ikan masih dimpot dari berbagai negara  pula. Jadi apa maknanya subsidi ?.  Tujuan memberi subsidi supaya harga ikan setabil dan menghalang impot.
Cuba kerajaan kaji balik manfaat subsidi tersebut supaya hasrat membantu nelayan itu tidak difaraidkan oleh pihak luar yang bukan nelayan. Jika kerajaan kerugian 250 juta kerana subsidi lebih fikir cara lain untuk menjadikan harga ikan agak murah.  Bongkar jangan tidak bongkar.

No comments: