SENATOR Ezam Mohd Nor memberi tahu rakyat negara ini DS Anwar Ibrahim adalah 'ancaman sebenar ' kepada kesetabilan kaum dalam percaturan politiknya. Anwar melakukan pembohongan dan menanam kebencian antara kaum sebagai alat untuk jadi PM. Anwar adalah seorang yang paling bahaya merosakan hubungan kaum melayu,cina dan India dengan pembohongan.
Senator Ezam cukup penagalaman dan melihat sendiri bagaimana Anwar mengapi-apikan kaum cina dan India supaya menyerang DEB untuk menarik sokongan kaum berkenaan. Anwar berbuat demikian kerana dia tahu untuk dapat sokongan kaum melayu agak sukar dan kecil sokongannya.
DS Mustafa Mohamed, Menteri MITI juga belasah DS Anwar kerana masih mempertahankan perbuatannya memburuk-burukan Malaysia diluar negara kerana DS Anwar enggan mengakui kesilapan diri dan cuba menyalahkan kerajaan BN. Kerajaan didakwa kurang menerima pelaburan kerana amalan rasuah. (UMal Nov 2010:8; 15)
CATATAN PINGGIR
Kadang-kadang sudah naik mual menulis tentang keranah sumbang dan perbuatan khianat melapau Ketua pembangkang itu. Pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh berbagai pihak tetapi itulah namanya 'Anwar Ibrahim'.
Setiap kali saya menulis saya letakan sedutan diatas sebagai rujukan bahawa apa yang ditulis itu ada premisnya bukan rekaan saya semata-mata sebagai ulasan berita. Kita berpegang pada kebenaran bahawa sesuatu kenyataan itu ada pihak yang bertanggung jawab. Disini saya hanya memberi pandangan mengikut sudut pandangan saya.
DS Anwar tahu kebelakangan ini dirinya tidak akan kemana. Dia telah sampai dipenghujung jalan. Dia juga kadang kala sedar bila bersendirian perbuatannya itu dikutuk oleh majoriti rakyat negara ini. Tetapi dia terus berkeras melakukannya, kerana masih ada yang mengopoknya dari belakang walaupun bilangannya sudah menguncup.
Dia juga cuba menggambarkan kepada dunia bahawa dirinya diinaya atas rancangan politik pemerintah yang kononnya takut akan pengaruhnya begitu power. Kes peribadinya diletak atas bahu UMNO dan BN. Dirinya tidak salah tetapi UMNO-BN yang salah hingga dia turun naik mahkamah. Saiful itu seolah-olah anak didik yang dilatih UMNO-BN untuk mengumpan kelemahannya yang suka ke 'benda' itu kah..kah..kah..
Sekarang dia cari fasal, supaya kerajaan bertindak menangkap, menyekat atau menambah lagi tuduhan-tuduhan supaya terkumpul, kerajaan nampak zalim. Tetapi kerajaan tidak berbuat apa-apa walau pun bila-bila masa boleh dituduh atas akta hasutan, pengkhianatan negara didunia luar, kerana kerajaan tidak mahu mengusutkan lagi keadaan.
Kes parti politiknya yang kecamuk juga UMNO dituduh meletakan 'kuda trojan' untuk mengacau ganggu perjalanan parti itu. Pendek kata, semua salah orang lainlah. Sendiri semua betul. Itulah realiti cuba ditayangkan.
Saya cukup tabik dengan YB Senator Ezam Mohd Nor meluaskan sasarannya kepada Masyarakat kaum China menerangkan keadaan sebenar siapa tokoh itu. Kerana Ezam dan rakan-rakannya dari PKR lah yang sangat berkesan menerangkan kepada kaum lain atas kapasitinya Bekas Ketua AMK PKR dan setiausaha Politik DS Anwar bertahun-tahun lamanya.
Bagaimanapun, Senator Ezam itu hanya seorang sahaja, sudah tentu terbatas upayanya. Jadi BN kena fikir bagaimana cara agar mesej itu dapat diratakan kepada kaum Cina. Langkah MCA itu diyakini tepat dan berkesan. Tahniah Senator Ezam dan MCA.
No comments:
Post a Comment