GALAS – JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN ANTI SOGOK PAS ADA KUASA TANGKAP ORANG ?.



Penasihat Jentera Pilihanraya Pas negeri Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata Pas telah memberi 'kuasa' kepada  pasukan keselamatan dan anti sogok diGalas untuk membuat tangkapan awal kepada yang disyaki untuk dibawa kebalai polis berdekatan. Tiga bentuk perlu dikenalpasti oleh petugas adalah penyogok, barang yang disogok dan penerima sogok.( utusan nov 1,10).
 
CATATAN PINGGIR
Pas pusat atau Pas negeri tidak mempunyai kuasa atau tidak layak menurunkan kuasa menangkap mana-mana individu yang disyaki melakukan apa-apa salah laku pilihan raya melainkan boleh mengadu kepada polis dan SPRM untuk membuat tangkapan.
Pas adalah sebuah parti politik tidak punya kuasa eksekutif dan penguat kuasaan undang walau pun ianya satu langkah yang baik mengatasi rasuah dalam pilihan raya.
Jika Pas bertindak sendiri akan berlaku kekecuhan dan boleh menimbulkan ketegangan antara pihak yang terlibat dan boleh jadi perbalahan berlaku. Sebaliknya Pas perlu menyerah kepada polis atau SPRM membuat tangkapan.
Pas telah menawarkan ganjaran secara terbuka kepada 1557 pengundi luar dengan nilai RM200 pengundi dari Lembah Klang, RM 250 dari negeri lain adalah dikategorikan sebagai pembelian undi. Walaupun alasan sebagai kos pengangkutan dan amalan lama tetapi ia tetap menyalahi undang-undang dibawah Seksyen 10 Akta Pilihanraya.
Memandangkan ia satu perlanggaran dibawah Akta Pilihanraya maka SPRM tidak boleh berdiam diri bagi mengatasi politik wang pilihan raya yang merbahaya pada masa hadapan negara.
Jika keadaan ini dibiarkan berlarutan akan berlaku proses tender undi luar. Jika undang-undang tidak dikuat kuasakan bagaimana jika BN menawarkan RM500 ? kepada pengundi ?. Tiba-tiba Pas boleh naikan RM700 dan oleh kerana BN mahukan undi tawar pula RM1000 ?.
Soalnya, adakah pilihan raya tersebut bersih dan pembangunan politik diMalaysia meningkat?. 
Jika demikian, suatu hari nanti tidak hairan sebuah parti kecil boleh menguasai negara  kerana ada ejen luar negara melabur untuk menegakan parti boneka mereka?.
Barang diingat bahawa demokrasi harus berjalan secara bersih. Pemilihan wakil rakyat bukan atas dasar tender dan rasuah.  Elakan ketegangan dan perbalahan serta meletakan undang-undang mengatasi kepentingan kelompok dan parti politik.


No comments: