Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail melapurkan bahawa pemilihan parti itu dilanda banyak masalah setelah 68 dari 222 cabang PKR diseluruh negara mengundi.
Peratusan keluar mengundi yang meleset ia itu 9 hingga 20 peratus sahaja. Kesilapan yang paling besar adalah memasukan data kelaman web meletakan Calon Timbalan Presiden Zaid Ibrahim mendahului Azmin Ali dan Mustaffa Kamil sedangkan duduk sebenarnya Azmin Ali mendahului 522 undi. (Utusan Nov 2, 2010:5)
CATATAN PINGGIR
Membelek jumlah undi tiga orang calon Timbalan Presiden PKR setakat 68 cabang yang telah mengadakan pengundian: Azmin Ali 3051, Zaid ibrahim 2529 dan Mustaffa Kamil 1,149 bila ditotal jumlah undi adalah 6729 0rang.
Jika 9 hingga 20 persen dari 68 cabang keluar mengundi, setakat ini jika dipurata dengan jumlah undi 6729 bermakna setiap cabang kurang dari 1000 orang keluar mengundi.
Mana ahli yang lain sekitar 80 peratus lagi?. Mengapa mereka tidak keluar mengundi?. Apakah 80 persen itu ahli hantu?.
Sebenarnya, 80 peratus itu sudah meninggalkan parti berkenaan secara diam-diam. Hati dan badannya sudah tidak pada PKR lagi. Hanya yang tinggal senarai ahli sahaja di Ibu pejabat PKR.
Terlalu banyak alasan mengapa mereka tidak lagi komited dengan parti itu. Sebuah parti yang tidak memperjuangkan nasib rakyat dan hanya berjuang untuk kepentingan peribadi pemimpin tidak bertahan lama.
Sekarang Parti itu sudah menjadi rumah lakar, penuh sawang dan sudah mula dikorek anai-anai dan dibisikan ada bunyi orang bercakap dan api waktu malam. Husss seram.....
Sama-samalah kita lihat.
No comments:
Post a Comment