PKR – PPP YANG SUKAR DISAHKAN




165 cabang telah siap memilih. 8.4 persen mengundi dari 400,000 ahli PKR seluruh Malaysia. 57 cabang lagi dijangka siap minggu hadapan. Keputusan calon Timbalan Presiden Azmin terus menokok undi 14,751 dan Mustaffa Kamil hampir tidak berganjak 3,401.
Calon Naib Presiden, sudah pasti  Nurul Izzah 11,042, Tian Chua  9,524,  Fauziah Salleh 7,878 dan Dr. Mansor Othman 7,448.  N. Gobalakrisnan  tidak disenaraikan. 
Pensyarah kanan Kolej Undang-undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM Dr. Mohd Azizuddin Mohd sani berpandangan pemilihan PPP-PKR wajar diadakan semula supaya benar-benar mengikut kemahuan ahli.
Profesor Tamu kolej dan kajian yang sama  UUM juga Prof. Madya Mohd Abdal Mohd Zain mengatakan PKR masih banyak perlu belajar kerana parti baru itu banyak masalah.
CATATAN PINGGIR
Istilah ke sahan atau legitimacy membawa maksud kerajaan yang memerintah diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir sesebuah Negara. Sesebuah kerajaan yang sah atau legitimate sekiranya mendapat kepercayaan umum.
Sesebuah parti politik juga memerlukan ke sahan atau legitimacy untuk berjuang bagi mendapat kepercayaan umum. Dengan itu , lembaga atau struktur organisasi  parti juga wajar jelas, telus kepada ahli-ahlinya  langsung pada mata masyarakat umum.
Sebagai contoh, sudah tentu kita tertanya-tanya apakah pilihan raya yang dijalankan dinegara Burma (Myamar) itu telus  dan boleh disahkan rakyat dan menerimanya berpuas hati.  Kita juga merasa yakin apabila satu ketika pilihanraya diKemboja dikendalikan oleh PBB sebelum diserahkan kuasa kepada rakyat Kemboja.
Sebab itulah berbagai pihak mengadakan tekanan pemilihan semula diaadakan termasuk ahli akadamik supaya sesebuah parti politik itu mendapat pengeshan umum.  Sesuatu parti politik yang tidak sah akan wujud 'parti hantu' berterbangan dalam aktiviti merebut kuasa.  Jika parti pembangkang kerajaan akan menerima bangkang, kritikan dari 'hantu ' juga. Kah..kah..kah.
Apa pilih semula?. Kamu ingat senang kah? Berbulan tahu ? Jika pilih semula keputusan tetap sama. Pengundi sudah hafal skrip. Membazir masa , wang ringgit dan tenaga.  Hantu pun hantulah, peduli apa?
Habis jika ambil alih Putrajaya nanti akan wujud kerajaan hantu ?.  Tidak kisah !.  Emmm kalau begitu rakyat melaysia semua akan jadi hantu dan Negara ini kan jadi Negara hantu kah..kah.. kah..

No comments: