RANAP ANWAR RANAP – TIADA LAGI MELAYU KUALITI DALAM PKR



Kenyataan Akhbar  Datuk Zaid Ibrahim dirumahnya pagi tadi Nov 9, 2010 hadir sama ialah  Mustafa Kamil  calon Timbalan PKR dari Perak .  Zaid dan Mustafa membedil Anwar  yang dianggap punca segala kebobrokan  dalam PKR.
DS Anwar dikatakan  ada 'personal' dengan Azmin Ali perlu diselesaikan diluar PKR.  Tetapi masalah personal mereka menjadi masalah  PKR.

CATATAN PINGGIR
Begitulah,  Bila Allah swt  menarik kuasa dan darjat seseorang.  Masalah datang bertimpa-timpa tidak mampu dikawal. Kawan dan lawan semua menekan. Tuhan telah menutup pintu hati dan gerak langkah hingga tidak mampu lagi diselesaikan.
Segala usaha jadi sia-sia. Tebas dihadapan dibelakang semak.  Tebang yang kecil yang besar menimpa. Itulah tanda-tanda Tuhan telah  menarik semua kekuatan yang dikurniakan . Terima dan percayalah dengan penuh syukur.
Mustafa Kamil adalah anak didik ABIM DS Anwar. Secara logiknya tidak mungkin menentang.  Tetapi kesetiaan ada batas-batasnya.  Kesetia kawanan ada kontraknya yang tidak bertulis. Sesuatu yang terlalu melampau akan menghuraikan kontrak berkenaan. Inilah yang DS Anwar pinggirkan dalam memelihara kesetiaan rakan seperjuangan.
DS Anwar tidak menghargai potensi  rakan-rakan lain.  Sekarang terbukti, jika ramai yang mengatakan DS Anwar diktator  peristiwa telah menerangkan kepada umum bahawa segala cakap-cakap selama ini  telah  diperjelaskan bagi yang mengikuti dan berfikir secara rasional.

2 comments:

Cheguman said...

Dato',
Selama ni orang diamkan kelemahan Anwar kerana nak jatuhkan UMNO. Kini apabila UMNO sudah dilihat makin pulih dan boleh diharapkan, maka giliran Anwar pula dipertikai.

Ingat lagi cerita labu dan durian? kedua-duanya nampak berpangsa, kan?

Unknown said...

terima kaseh kerana link kan blog KedahTimes. Jasa tuan amat dikenang.