DUA BAHASA RASMI NEGARA MENGARUT





Jagdeep Singh Dior (DAP- DUN Datuk Keramat) mencadangkan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua di Pulau Pinang dalam sidang DUN negeri itu semalam Nov8, 2010. Alasannya BI adalah linguafraca ( bahasa antarabangsa) yang diguna oleh sebagian besar dunia. Ini selaras hendak menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar antarabangsa.

CATATAN PINGGIR
Adun  Pulau Pinang tidak ada kuasa mengubah Perlembagaan Persekutuan. Hanya parlimen sahaja yang layak. Sesuatu yang rasmi tertakluk pada undang-undang.
Pulau Pinang tetap tertakluk dibawah bidang kuasa persekutuan. Tidak boleh sewenang-wenangnya membuat perkara yang bertentangan.
Jagdeep Singh Deo seorang yang tolol kerana menyuarakan cadangan penggunaan bahasa rasmi BI diDewan Undangan Negeri. Ia bukan medan yang sesuai .  Urusan itu adalah sesuai diparlimen walaupun suatu yang mengarut.
Pemimpin DAP sudah hilang idea bernas  melainkan mencari sampah sarap dibawah tikar untuk diketengahkan.
Pulau Pinang telah menjadi pekan antarabangsa sejak pembukaan pulau itu oleh  Francis Light sekitar abad ke 18 lagi. Tidak timbul soal bahasa rasmi kedua.
Bukan taraf wakil rakyat peringkat DUN untuk memikirkan tentang nama-nama jalan dalam kota kerana ia adalah tahap ahli majlis perbandaran sahaja. 
Wakil Rakyat adalah penggubal undang-undang dan pemikir polisi untuk membangunkan negara dan rakyat.  Oleh kerana tidak mampu merencana pembangunan maka perkara merapu begitulah mampu dibangkit.
Beberapa negeri  yang diperintah oleh Pakatan Rakyat semua begitu. Remeh dan tidak ada gagasan untuk rakyat.

3 comments:

Anonymous said...

Bukan kah sibahalol jagdeep singh niloyar macam bapaknya karpal. Tak kan dia tak tahu cadangannya itu "unconstitutional" di bawah perlembagaan persekutuan. Bawak kat parlimen lah kalau berani nak ubah bahasa rasmi atau tambah, jangan main hentam aje. Orang tak sekolah undang2 pun tahu bukan senang nak ubah2 bahasa kebangasaan
kalau tidak melalui perlembagaan persekutuan. Kepada pembela bahasa kebangsaan jangan tidor bangun dan ganyang si bai ni cukup2.

Kenn said...

Mengenai cadangan B.I. dijadikan bahasa rasmi di Pulau Pinang, bukankah usul ini seditious? berdasarkan kepada kes Mark Koding?

chenerong ular said...

Aaii.... Dato, karpal dah mula belajor berdiri yer ?.