DS Anwar hanyalah ahli biasa dalam PKR. Tetapi dia memegang posisi tinggi mengatasi perlembagaan parti. Penasihat. Penasihat bukan jawatan yang dipetandingkan. Ia hanya satu konsesnsus pimpinan tertinggi. Siapa pimpinan tertinggi ?. Azizah dan Azmin. Lain-lain terpaksa sokong. Jika tidak maut !.
Jika Zaid sebagai Timbalan Presiden, situasi ini akan berubah. Jika membantah akan berlaku krisis besar dalaman PKR. Presiden dan Timbalan Presiden tidak sehaluan. Itu lebih hancur dari sekarang. Bahagian kanser perlu potong dahulu.
Dengan itu formula 3A tetap dipertahankan. Apa ? 3A ? haiwan apa?. Ooo.. 3A itu Anwar, Azizah dan Azmin. Jika roboh konsep ini, PKR akan berubah secara total. Jika kemarin, bapa kepada Zaid menamakan Ahmad Zaid mungkin lain jadinya.. kah..kah..kah..
Antara Zaid dengan Mustaffa Kamil, Zaid lagi bahaya. Mustaffa dilahirkan dari air tangan ABIM-Anwar. Sekarang, betul Mustaffa nampak menentang. Tetapi jika dipanggil oleh Anwar untuk berunding dan ditawarkan 'sesuatu' mungkin berubah!. Zaid akan tinggal seorang diri . Pulang-balik Zaid bungkus.
Dalam politik, orang yang tidak berjawatan akan putus tali dengan ahli dan masyarakat politik. Jawatan adalah 'magnet' menarik orang ramai mendekatinya. Jika tidak ada jawatan lama kelamaan akan jadi besi buruk.
Pilihan raya Zaid tidak dicalonkan. Bila momentum Zaid agak lemah, pada ketika itu nama Zaid dalam senarai PKR akan hilang sendiri. Lupus. Bagi Zaid PRU 13 adalah penting kerana faktor usia. Jika hanya menunggu PRU 14, belum tentu Zaid ada lagi didunia ahak..ahak..ahak. Ini semua dibaca oleh 3A.
Anwar tidak berbentuk. Jika pemegang jawatan, dia boleh ditentang secara demokrasi. Anwar adalah halimunan dalam PKR. Cengkamannya dirasai tetapi tangannya tidak nampak. Selalu orang panggil apa?. Emm... hantu !. Isssh seramnya !.. kah..kah..kah..
Tidak ada jalan lagi bagi Zaid. Jika akhtiar pun, jawapan tetap sama. Ikut jalan politik Zaid pasti bolos. Jika Anwar kata tidak maka tidaklah. Kat'ie. Percayalah.
Dalam politik Zaid boleh main bola hanya atas darat. Anwar boleh main di atas darat dan atas air. Anwar tewas dengan Tun Dr. Mahathir sahaja. Zaid ? husss .. kacang !. Tok Guru Nik Aziz ?.. emmm... apa ya yang tidak mahu tidur dalam bas semalam? Kambing !.. ya..ya..Itu kamu yang cakap bukan saya. ahak..ahak..ahak..
Hanya satu jalan lagi terbuka bagi Zaid. Apa dia? Main atas atas angin. Huss !.. apa maksudnya ?. Itu sahaja harapannya. Ya lah.. apa dia ? Yang ini sama-sama tenggelam timbul. Ya lah.. cuba cakap apa dia ? emmm... Mahkamah kah...kah...kah..
No comments:
Post a Comment