Kemarin Ahli-ahli Parlimen naik atas meja bercakap diParlimen minta kerajaan sekat DS Anwar keluar negara. Halangan itu perlu dibuat kerana perilaku buruk Ketua Pembangkang itu menghina rakyat dan negara dipandangan masyarakat antarabangsa. Gelagat DS Anwar itu, sampai peringkat sudah tidak boleh tahan katanya.( UMal Nov23, 2010 )
CATATAN PINGGIR
Suara Ahli-ahli Parlimen tesebut menyentuh hati nurani rakyat cintakan negara ini. Sewajarlah mereka mewakili rakyat untuk berkeras supaya ada tindakan susul. Suara-suara berani itu dinilai oleh rakyat. Sampai masanya nanti, rakyat akan balas.
Sekarang sebilangan besar rakyat memang sedar bahawa negara ini ada pengkhianat. Tetapi ada rakyat dinegara ini juga suka begitu.
Seperti diMalaysia, tidak semua masyarakat dunia mengikuti perkembangan dunia luar dan mereka sebilangan besar masih tertutup dalam lingkaran negara sendiri sahaja. Maklumat-maklumat diterima hanya melalui media tempatan sahaja.
Malah, sebahagian rakyat negara luar itu tidak kisah sangat tentang berita-berita luar negara kecuali mereka yang berkepentingan. Jangan hairan ada rakyat Amerika tidak pernah tahu tentang adanya negara bernama Malaysia. Dirantau ini mereka hanya tahu menyebut 'Singapore' atau 'Bangkok'.
Soalnya, mengapa DS Anwar memilih untuk memburukan Malaysia diluar negara ?. Pertama, ia sedar bahawa dunia luar tidak lagi menghiraukan beliau lagi. Kedua, aktor-aktor antarangbansa tempat dia berpaut dahulu sudah mula lepas tangan.
Ketiga, para simpatis luar juga meneliti bahawa kedudukan DS Anwar tidak sama dengan tokoh demokrasi yang dipalam oleh Junta Tentera di Burma. Kehidupan DS Anwar dalam situasi bebas walaupun dia didakwa dimahkamah. Kes itu adalah kes peribadi tidak ada kaitan dengan politik. Kes keladi kah..kah..kah.. apa cakap tadi?.. emmm kes jelatang gajah.. aaahak..hak..hak..
Atas dasar itu ia menempah supaya kerajaan mengadakan sekatan-sekatan supaya dia kelihatan seperti di Nyammar. Dengan itu, masyarakat dunia akan lihat kebenarannya. Lagi banyak sekatan lagi kuat tiupannya. Agen-agennya akan merayau ke rata ceruk dunia memberi tahu Anwar diinaya.
Begitu. Kalau begitu, ini perangkap Anwarlah?. Ya..Ya.. itu dia punya belit enambelas. Dia bijak soal muslihat. Kalau main terup ( poker) dia pandai tutup daun dan tahu bagaimana pusing daun. Sebaliknya kita kena pandai baca daun dia, baru boleh kalahkan dia.. aahak..hak..hak..
Habis macam mana akhtiarnya?. Mudah. Kamu kata mudah..mudah..mudah.. tetapi bagaimana? Ahli parlimen kita orang cerdik pandai . Nanti kita lihat sendiri mereka bukan kecil punya anak. Ya..lah, MP kita akan buat macam mana?. Issh.. kamu ini semua hendak tahu. Sabarlah.
Nanti mereka akan buat usul tergempar. Semua Ahli Parlimen debat Isu 'pengkhianatan negara ini' ada dua tujuan utama. Pertama mereka mahu kasi tahu semua rakyat Malaysia mengkhianat negara samada didalam atau diluar negara perilaku yang keji dan terkutuk.
Kedua, Mereka mahu beritahu dunia bahawa 'dia itu' tidak terpakai lagi. Kerajaan akan panggil mana-mana wartawan luar tempat 'dia' selalu buat kenyataan seperti diIndonesia, Amerika, Australia atau diTimur Tengah supaya berita itu sampai kenegara luar.
Habis kenapa mereka tidak buat ?. Mereka tunggu arahan boss mereka lah . Negara sudah hampir lingkup imejnya masih tunggu boss juga ?. Sepatutnya mereka jumpa boss minta izin. Kalau barang yang bagus tentu boss mereka setuju.
Ya..Ya.. mereka buatlah itu nanti. Kamu kena sabar, sampai masanya nanti jika perlu mereka akan buat. Mungkin mereka fikir ada jalan lain yang lebih bagus.
Jalan lain lebih bagus?. Ya..ya..emmm lebih bagus. Nak tangkap musang curi ayam setiap malam kena tahu jenis perangkap. Silap pasang jerat, terjerat kaki sendiri kah..kah..kah..
No comments:
Post a Comment