Menteri Besar Selangor TS Abdul Khalid Ibrahim kata tugas membantu golongan miskin, orang kurang upaya ( OKU), warga emas dan sebagainya seharusnya dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat, bukan tanggung jawab kerajaan PKR Negeri Selangor.
MB itu menolak tanggung jawab itu dan menyerahkan kepada Kerajaan Pusat, Sekiranya kerajaan Pusat enngan, serah sahaja peruntukan tersebut kepada Kerajaan Negeri untuk diagihkan. Kenyataan ini bagi meningkah kenyataan DS Shahrizat Abdul Jalil , Menteri PWKM hari Sabtu lalu. ( UMal Nov24,2010:27).
CATATAN PINGGIR
Kenyataan MB Selangor itu, apa yang dapat difahami bahawa PKR tidak mempunyai dasar perjuangan untuk membela golongan miskin, OKU dan warga emas dan lain-lain. Tidak ada dalam kamus perjuangan perkataan itu jika didalami hujah itu.
Tanggung jawab membasmi kemiskinan dan kebajikan rakyat hanya terletak pada tengkuk kerajaan pusat (BN) semata-mata. Kerajaan negeri lepas tangan. Pandai-pandailah mereka yang malang itu bawa diri.
Sesebuah organisasi politik yang tidak memasukan dasar atau agenda membasmi kemiskinan dan kebajikan rakyat adalah kerajaan yang anih !, luar biasa dan inilah pertama kali didengar.
Sekiranya mereka memasukan agenda pembasmian kemiskinan dan kebajikan rakyat sudah pasti akan berakhtiar sedaya upaya melaksanakan dasar itu serta meletakannya sebagai keutamaan. Sebahagian hasil yang dijana dan dipungut oleh kerajaan negeri di isih dan dimasukan kedalam peruntukan tersebut untuk diagihkan.
Jika ia tidak menjadi dasar, perkara itu akan diabaikan kerana banyak tuntutan lain yang berlumba-lumba, memerlukan perhatian kerajaan dimana mengikut keutamaan.
MB itu sendiri keliru bajawa Kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan diperintah oleh perbezaan parti Politik. PKR dan BN. Keadaan jadi lain jika kerajaan pusat dan kerajaan negeri adalah sama. Kebajikan rakyat negeri itu adalah tanggung jawab kerajaan negeri. Kerajaan Pusat hanya membantu dengan ehsan.
Jika dibangkitkan mengenai cukai, ada banyak tanggungan lain yang kerajaan pusat beri keutamaan seperti pembangunan kemudahan asas, keselamatan, pendidikan, kesihatan, pegawai-pegawai pusat yang dipinjamkan atau bertugas dinegeri-negeri, pengawasan pantai dan laut, dan berbagai-bagai lagi mengikut undang-undang dan perlembagaan yang menjadi tanggung jawab kerajaan Pusat. Malah jika dikira sebenarnya, 4 bilion cukai yang dipungut dari Selangor itu tidak mencukupi dan kerajaan negeri harus menambah lagi kepada kerajaan pusat.
Dengan penyataan TS Khalid itu, kita dapat mengetahui bahawa PKR tidak berjuang untuk Rakyat yang berbagai stratifikasi sosial. Mereka tidak peduli kepada orang miskin, cacat dan orang tua. Mereka sebuah parti hanya bernama 'keadilan' tetapi pemikiran dan tindak tanduk mereka tidak menggambarkan sifat adil.
Nampaknya, TS Khalid buat kenyataan itu macam cemus sahaja pada PKR. Macam bagi signal mahu lari ikut Datuk Zaid bunyi nadanya. kah..kah..kah..
Lari jangan tak lari perahu sudah bocor, mau karam ahak..hak..hak..
2 comments:
Salam,
Itu sebabnya mengapa YBK dan Yayasan Selangor menjadi mangsa. Sebab itu bukan tanggungjawab kerajaan negeri utk golongan miskin. Secara tak langsung, itu menunjukkan segala manifesto pilihanraya mereka adalah penipuan semata2.
Akhirnya, Kalid gagap meletakkan kebodohan itu kepada rakyat, kerana rakyat yang memilih mereka. Terus kene tipu...
Salam Dato, bebbagi alasan lah yang di berikan, kerajaan pusat tak memberi peruntukan lah dan macam macam lagi alasan, mereka mahu peruntukan untuk membasmi kemiskina di selangur di salur terus kepada akaun kerajaan negeri supaya senang TSKI dan kuncu kuncu nya mengahabiskan?. Jika agensi pusat yang menyalukan bantuan tak boleh lah mereka nak tumpang se kaki, setidak tidaknya boleh di belanjakan untuk menyambut kedatangan tahun baru akan datang, untuk belanja membakar mercun dan makan malam.
Kerajaan PKR hanya ada peruntukan untuk membantu orang orang yang dah kaya supaya tidak jadi orang yang kurang kaya, dana itu ada, jika dato rasa dah susah sikit, boleh mintak dana tersebut untuk top-up agar tidak menjadi di bawah PARAS KEKAYAAN, macam top-up credit telepon pulak gayanya, ha ha ha..mampus kita ?
Post a Comment