SUMPAH SAIFUL SOLAT HAJAT TOK GURU NIK AZIZ DAN BAHANG MERAPI.






Sebelum PRU 12 dua peristiwa besar berlaku sangat mengerikan. Pertama adalah Tsunami yang melibatkan penduduk pantai diKedah dan diBalik Pulau, Pulau Pinang ( pantai batu Preinggi).  Kedua, tanah runtuh di Ulu Klang melibat banyak rumah  kambus didalam lumpur  dan ramai yang terus ghaib tidak dapat dicari hingga sekarang.
Sebagai manusia kita tidak perasan tentang petunjuk Allah swt itu.  Mungkin juga kita tidak percaya atau ragu bahawa ada sesuatu yang besar dihadapan yang kita tidak tahu.
PRU 12, BN hilang Kedah, Perak,  Selangor, Wilayah persekutuan dan nyaris-nyaris Negeri Sembilan. Sekarang kita tidak dapat meramalkan apakah  gerangan yang berlaku di Indonesia tentang kemanusiaannya selepas ini bila Merapi meletup. Kita lihatlah nanti.
Orang alim taraf kampung bekas pengaji pondok menasihatkan jika melakukan sumpah al Qur an jika benar-benar terinaya langsungkanlah. Jangan sekali-kali ada niat bersumpah al Qur an hanya untuk mengelabui mata orang lain kerana menutup kesalahan. Kesannya amat berat jika berbalik kepada diri.
Tok alim kampung yang jauh dari air kaki ulama' juga berpesan jika bersolat hajat atau berdoa untuk kebaikan satu amalan yang baik dan digalakan. Tetapi melarang keras berdoa dan solat hajat agar Allah swt melaknati orang lain. Hajat dan doa untuk kebaikan bukan menurunkan bala kepada manusia lain.
Doa dan hajat kepada orang lain sangat besar kesannya jika ia berpatah balik sekiranya orang yang kita minta tuhan laknati itu tidak bersalah. Begitu juga jika membuat tuduhan melulu hingga timbul fitnah lantas ada inaya.
Mengikut tok alim kampung doa ada tahap-tahapnya tertentu. Pertama, doa yang dimakbulkan terus. Kedua, doa yang tertangguh. Ketiga, doa yang diganti dengan perkara lain. Keempat doa yang tidak dimakbulkan. Oic...terbabas pulak. Nanti bila disoal ternganga. titik. Saya tidak berhajat mengulas ajaran  Tok alim kampung buat masa ini.
Ada sedikit keyakinan bahawa  sumpah Saiful bahangnya macam sampai untuk kita renung bersama. Dan ada sedikit kepercayaan bahawa Tok Guru NA dan rakan-rakannya  sering mengeluarkan kata-kata sebagai doa dan kaul tidak baik kepada orang lain khususnya pemimpin negara berpatah mungkin juga balik. Berdasarkan banyak kecelaruan didalam Pakatan sekarang.
Akhirnya Tok alim kampung berpesan. Peluang jika mendatangkan mudharat jangan diambil. Contohnya rasuah, jawatan yang kita tidak layak dan perniagaan benda-benda haram. Satu lagi, makan kalau rasa kenyang berhenti. Contohnya, jadi pemimpin kena tahu bila orang tidak suka.
Ini hanyalah satu renungan.  Percaya jangan,  tapi pakai boleh. Sebab Tok alim kampung tidak pandai buat fatwa politik.

4 comments:

larasdua said...

cukuplah pas doa,sumpah dan sembahyang hajat pada pimpinan UMNO
nanti terbalik. undurlah kalau rakyat taksuka

Anonymous said...

undur.undur je, jgn main belakang dah ler...heheheheh

Anonymous said...

undur.undur je, jgn main belakang dah ler...heheheheh

sukabumi said...

Penagih tegar main belakng mana boleh tak main. Kecuali barang putus ahuk huk huhk.