LIM KENG YAIK DIBEDIL PELURU PENABUR PERHIMPUNAN AGUNG GERAKAN




Tun Dr. Lim Keng Yaik mengamuk langsung meletak jawatan penasihat Parti Gerakan. Meradang dengan TS Koh  Tsu Koon terus disembur secara terbuka. Keng Yaik berbulu kerana Koh Tsu Koon gagal menguruskan komflik dalam Gerakan dan bersikap play-safe.
Perwakilan dari Kedah Tan Hiang Lye membedil dengan peluru penabur kepunggung Keng Yaik.  T H Lye meminta supaya mulut Keng Yek  kerap bersembur itu  di plaster agar Gerakan tidak basah kuyup dimata masyarakat Malaysia. Beliau bimbang Parti Gerakan  dibenci rakyat  kerana masalah dalaman dihambur keluar.
Koh Tsu Koon dikritik perwakilan kerana dibilang 'tidak keras' ( maknyah ) menyebabkan ahli Gerakan tidak puas. Semasa menggulung perbahasan  Dr. Koh mengakui dia memimpin secara hemah. Dia mengelak sifat angkuh ala Yong Teck Lee di Batu Sapi. Jika  'terlalu  keras' akan ada nanti kesan liwat {Negatif} terhadap parti, katanya.  Kah..kah..kah..
Koh Tsu Koon memberi tahu bahawa dia sejak  usia 9 tahun belajar tai chi.  Tai Chi adalah sejenis kongfu yang lembut. Ada masa dalam lembut terdapat buah yang keras. Jadi seimbang antara lembut dan keras. Sekarang, nampaknya tai chi tidak sesuai lagi dalam Gerakan. Dia memilih kongfu 'mentadak' pula.  Jagalah katanya. Kongfu ini keras berdenting.

BICARA MALAM
Jika UMNO ingin belajar bagaimana keadaan orang tewas dan hilang kuasa lihatlah apa yang berlaku dalam Gerakan sekarang.  Tuding menuding dan sembur menyembur masih cukup baik. Jika UMNO lah berlaku sedemikian  akan ada yang patah riuk.
Jika kita menilai ketiga-tiga versi  upacara bedil membedil dalam parti Gerakan diatas, semua pihak disudut pandangan yang benar. Atas dasar semua benar itulah maka semua jadi silap.  Jika semua silap memang wajarlah hilang kuasa.
Kuasa yang hilang sukar untuk digenggam kembali. Andainya Parti Gerakan itu berdiri sendiri, dijamin terus mereka tenggelam.  Tetapi konsep BN sebagai induk, Gerakan masih ada peluang. Ingatlah, sekali terlepas sukar dirampas.
Terus terang saya katakan bahawa parti  Gerakan masih belum selesai masalah dalamannya. Stroke yang dihidapinya sangat parah. Buat masa ini Gerakan hanya mampu berdiri. Kekuatan untuk berjalan belum cukup kental . Nah, tergantunglah kepada kepimpinan  Gerakan untuk mengubati segera.
UMNO telah bangkit menjadi  rasaksa. MCA kembali sebagai Singa.  MIC ?  Emm... orang kata bangkit jadi kambing !.  Pisssh!  Kamu ini.  Mulut itu jaga sedikit !.  Ada pula kambing .  Kamu  ingat MIC itu apa ?.  Insha Allah MIC akan bangkit sebagai harimau nanti.  Ya begitulah harapannya. Sekarang MIC harus jemput kembali ahli-ahli MIC yang  lari ketika reban pecah dahulu masuk PKR. Bukan apa, mereka yang lari itu tidak sama angin dengan DS Samy Velu.
BN harus mendekati semua parti-parti kecil dalam rangkainya.  Jika diperiksa ada dikalangan parti-parti itu masih hilang punca.
Sekarang semua parti-parti harus makan jamu.  Kerana  BN akan menembusi dimedan yang keras berdenting belaka.  KY jelly  kena bersedia.  Lihat di Galas. Tok Guru Nik Aziz pun  terang-terang  pakai KY jelly  untuk mendapat undi orang Asli.  Ahak...ahak...ahak... Begitulah dunia.

No comments: