TAN SRI KHALID BILA LAGI ? DATUK SERI NOH OMAR TUNGGU !!




RM 856,900, DS Noh Omar " saya tunggu jawapan Abdul Khalid (TS Abdul Khalid Ibrahim). Setakat ini belum jawab. Mungkin esuk ...". Itu pun " kalau dia setuju dengan syarat diberikan" katanya lagi.
15November 2010, Khalid cabar Noh dedah terperinci belanja kenduri yang DS Noh dakwa RM 800,000. Esuknya Noh terus melompat  dia boleh dedah dengan syarat  Khalid mesti mohoh maaf terbuka padanya sekiranya dia dedah lengkap dengan bukti. Khalid terus bisu.
Semalam Noh pula cabar Khalid,  mengapa tidak jawab?  " saya tunggu" katanya.

CATATAN PINGGIR
Sedap betul bila dengar orang politik cabar mencabar. Sebab itu dalam politik jika hendak bercakap harus ' nganga' dahulu bimbang air lior yang sudah jatuh ketanah melompat balik kedalam mulut.
Tan Sri Abdul Khalid pasti basah seluar bila DS Noh kata dia sudah lama menunggu dan menunggu. Bukan senang mahu minta maaf secara terbuka. Maruah harus dijaga. Orang tua-tua dulu kata biar mati dari malu.
Bukan DS Noh sahaja sekarang yang menunggu. Rakyat dan media pun menunggu. Bukan TS Khalid sahaja meleleh,  Pakatan pun tunggu. Jika benar, bukan senang cari jawapan menegakan benang basah.
DS Noh Omar sekarang jalan mengepak, duduk goyang kaki. 'Barang' ada dalam tangan. Ini pasti tidak bohong.  DS Noh sudah lama jadi Menteri.  Pegang UMNO Selangor kerusi Nombor dua selepas PM Najib.  Masakan dia buat dakwaan kosong.  Kalau dia bolak balik, dia sendiri pun tahu makna bungkus. Apa? Tapau. Ya..ya..tapau.
Masa berjalan.  SPRM sudah tunggu mahu 'ngap' kah..kah..kah.. Jika pegawai-pegawai kena 'ngap' akan banyak rahsia terburai.  Pada dia satu dua orang kena lebih baik buka semua. Sama-sama kedalam, puas hati.
Bila satu-dua pegawai negeri kena, yang lain akan bela. Jabatan lain akan secara sukarela bagi maklumat benda lain pula. Lama kelamaan MB Mati  meragan bila semua terbongkar.
Bukan senang jadi ketua kerajaan. Semua harus jaga.  Kakitangan kerajaan harus dibela. Jika tidak mereka makan tuan.  Kecuali tidak boleh elak, pandai-pandailah bawa diri.
DS Noh kata sekarang sudah banyak  'barang' dalam tangan. Hanya tunggu letup C4 itu bila sampai masa. Jangan simpan bom lama-lama Datuk Seri,  nanti meletup sendiri dalam poket seluar .. putus anu !.... kah..kah..kah.. .
 Campak sahaja malam krismas atau malam tahun baru nanti kita dengar ramai-ramai. Bukan perayaan itu yang meriah. Media dan orang ramai lebih meriah.
Sama-sama kita tunggu. Jom... teh tarik. BuaT menambah gemuk dan boroi. Zaman dulu orang boroi balik kampung... orang kampung hormat sebab katanya pangkat besar !. Sekarang orang boroi, jika balik kampung,  orang kampung 'cakap dalam hati.'  Masih hidup lagi siboroi ini. Ahak..hak..hak..

No comments: