TIDAK PATRIOTIK MASUK TENTERA- KAUM LAIN MENGAMUK





Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah Yang DiPertua Perkasa Negeri Sembilan minta DSDr. Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu minta maaf kepada kaum lain kerana mengamuk atas kenyataannya bukan bumiputera tiada patriotisma masuk Tentera kerana tepat masanya untuk diberitahu kepada mereka. (MM Nov 14,2010:2)
CATATAN PINGGIR
Mengikut kamus DBP, Patriot bermakna orang yang cintakan tanah air dan sedia mempertahankan (memperjuangkan) kebebasan atau hak negara; pembela negara. Patriotik adalah orang yang sangat cintakan negara dan patriotisma pula perasaan cinta kepada negara. Ketiga-tiga sama maksudnya.
Tidak ada salah DSDr. AZH mengatakan kaum lain tidak ada patriotisma melalui masuk ATM. Ini bukan bermakna kaum lain tidak patriotik langsung atau tidak cintakan negara terus.
Hanya DSDr.AZH menyatakan sepintas lalu dan tidak menerangkan dengan lebih jelas atau hanya membaca teks yang disediakan sahaja.
Cintakan negara tetap ada pada pada semua kaum, hanya segelintir sahaja anasir yang anti patriotisma kerana tujuan-tujuan tertentu. Jika tidak ada cintakan negara sudah lama negara ini berkecai.
Semua kaum cintakan negara. Hanya cara perjuangannya sahaja berbeza. Tidak semestinya masuk polis atau ATM. Lainlah jika kerahan tenaga. Sama apa yang berlaku diAmerika dalam perang Vietnam. Ramai belia-belia negro tidak mahu masuk tentera walaupun kerahan tenaga. Ramai yang rela masuk penjara.
Patriotisma banyak jalan dan cabangnya. Ada yang berjuang dalam ekonomi, politik, sosial, agama dan kebudayaan melalui organisasi atau bukan organisasi. Perjuangan adalah gerakan konsisten dan tidak henti-henti untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara.
Dalam hal ini kaum lain tidak perlu melatah dengan kenyataan menteri itu hanya terkait dengan penyertaan angkatan tentera. Orang melayu pun tidak semua masuk tentera. Jika dikira begitu, sebilangan besarlah rakyat negara ini tidak patriotisma.
Perjuangan menerusi ATM juga harus diselari dengan cara mencari makan untuk kehidupan. Kaum lain tidak minat menyertai ATM kerana mereka mempunyai peluang yang luas dalam cabang cari makan yang lain yang lebih bebas dan lumayan khususnya bisnes.  Teruskan bacaan.
Peluang orang melayu dalam bidang lain terbatas jadi untuk hidup mereka masuk ATM. Terbatas ini termasuklah kekurangan modal, ruang niaga, kemahiran, pengalaman dan budaya niaga dalam keluarga mereka. Peratusan kaum lain adalah kecil tetapi peluangnya besar. Bumiputera, peratusannya besar peluang lainnya kecil. Terbalik. Kerana hidup susah itu mereka masuk ATM. Jadi kaum lain harus akui bumiputera itu susah hidupnya.
Saya andaikan, jika tidak ada peluang yang luas dari kaum lain mereka juga masuk ATM. Atau pendapatan ATM itu lebih besar dari purata orang berniaga cara serdahana pada ketika itu pecah kepala pun sanggup rebut borang ATM kah..kah..kah..  Tiba-tiba masuk ATM ramai orang jadi kaya pun sanggup pijak kepala orang untuk dapat borang. Ahak..hak..hak.. Itu adalah sistem nilai sejagat. Ganjaran.
Rakyat yang berjuang ekonomi juga cinta negara. Mereka mahu negara aman ekonomi baru kembang. Masuk politik juga cinta negara. Mereka mahu negara aman baru kebijaksanaan politik dapat dizahirkan. Agama juga begitu, ibadat memerlukan negara tenteram. Seterusnya juga sosiobudaya. Jadi kaum lain harus faham bahawa perjuangan membela negara itu tidak terletak pada ATM sajaha.
Kumpulan yang tidak patriotisma itu mamang wujud. Orang melayu pun ramai juga yang tidak cintakan negara. Semua kaum dan suku ada. Mereka tidak suka ekonomi kembang atau politik setabil atau bebas beragama atau perpaduan rakyat kukuh atau  imej negara dimata dunia luar tip-top. Mereka tidak mahu kerana mengecilkan peluang untuk  mencapai impian mereka.
Jika ekonomi kembang mereka akan cari jalan rudumkan, jika rakyat bersatu mereka cuba pecahkan, jika masyakat dapat beramal ibadat dengan baik mereka lagakan. Jika imej negara didunia luar baik mereka akan burukan. Formula mereka jika semua dalam keadaan tidak baik peluang mereka untuk mencapainya agak mudah.  Lepas itu apa yang boleh dilakukan jika mereka dapat negara dan kuasa dalam keadaan kecamuk. Ia memakan masa yang panjang untuk dipulihkan. Contohnya Indonesia. Sejak Suharto jatuh.. baru sekarang ekonomi mereka mencecah 6 persen.  Teruskan baca sedikit lagi. 
Justeru itu,  Semua bangsa dan kaum ada yang tidak patriotik, semua kaum ramai yang patriotik. Jadi kaum lain tidak perlu mengamuk. Jika tidak ada patriotik tidak terbentuklah UMNO, MCA, MIC, Gerakan ,PPP, MIUPdan parti-pati lain dalam BN.
Pakatan Rakyat terbukti kerana mereka sanggup buat sahaja untuk mencapai cita-cita mereka. Cinta tanah air mereka hanyalah untuk mencapai Putrajaya dan kuasa-kuasanya. Usahkan cinta negara, bangsa sendiri pun tidak cinta. Malu mengaku melayu. Itu melayu yang paling koro. Koro wal-tolol.
Harus diakui patrotisma kaum lain hanya tidak menjadikan ATM sebagai medan berjuang tetapi memilih cabang-cabang lain untuk berjuang dalam membalas cinta tanah air. Jangan perkecilkan skop cinta tanah air.
Itulah maksudnya menteri itu agaknya kalau dia berpeluang menerang secara jelas dan panjang lebar. Hendak minta maaf apa?. Biar betul !. Esuk jadi pencium keris pula. Tidak salah cium keris kerana ia lambang UMNO dan orang melayu. Salah kah cium lambang?. Salah kalau dia berniat menikam orang. Tidak kira siapa. Jika terdesak mempertahankan diri pula tidak salah.
Aiii... melarat nampak ?. Betul-betul. Pemandangan tak bagus pagi ini. Mata tak cerah. Selalunya restoran mamak ramai yang jadi mata ceraaaaah..Titik.

No comments: