BAHAYA BILA RAKYAT SURUH BERUNDUR







Dalam politik secara nyata ada lima golongan disekitar seorang individu pemimpin tahap negara. Pertama, sahabat, kawan, penyokong dan simpatis. Kedua, musuh-musuh politik. Ketiga, golongan masyarakat atas pagar yang tidak berparti.  Keempat, golongan pemerhati dan media dan kelima, dunia luar.
Post ini hanya memberi garis kasar sahaja bagi mengelak berjela-jela yang membosankan. Apa yang penting difahami, tertama pembaca muda. Saya berpendapat pembaca saya adalah orang yang bijak belaka. Malah ramai dari mereka adalah guru saya kerana saya sentiasa belajar apatah lagi saya pendatang baru dalam dunia media baru.
Post ini juga disempitkan skop kepimpinan negara Malaysia sahaja dengan membelek sejarah Malaysia Moden dan dipapar sepintas lalu. Malaysia moden bermakna Malaysia sejak mula merdeka dan bermulanya sistem demokrasi. Fokus diperkecil lagi bagaimana pemimpin utama mengundur diri.
Baik, kita lihat Tunku Abdul Rahman Putra (TAR). Apabila TAR gagal memenuh harapan orang melayu dalam ekonomi,  DAP menang lebih kerusi diselangor maka berlaku peristiwa hitam 13 Me1 1969. Negara diambil alih tentera. Kerajaan sementara dibentuk dipanggil MAGERAN.
Parlimen dibekukan atas perintah Agung.  Nampak kuasa Raja-raja ?. Tun Razak pengerusi MAGERAN. Secara sefahaman TAR berundur. Bila keamanan pulih, Tun Razak menjadi PM. Sedang Tun Razak sibuk membangunkan negara dan rakyat teruja dengan DEBnya,  beliau pulang kerahmatullah. Automatik berundur bukan?.
Tun Hussein Onn memilih untuk berundur sendiri kerana masalah kesihatan. Tun Dr, Mahathir berundur mengejut dalam keadaan rakyat sangat teruja pada kepimpinannya walaupun sudah 23 tahun memerintah. Peralihan kuasa secara teratur kepada Pak Lah.
Pak Lah juga memilih untuk berundur secara terhormat kerana dia merasa bertanggung jawab PRU 12 BN hilang banyak negeri. Peralihan kuasa diatur dengan baik kepada PM Najib. PM najib kita tidak tahu bagaimana?. Jangan buat  ramalan lagi dia masih baru. Bagi chance.
Kita lihat DS Anwar. Musuh jangan ceritalah. Sudah tentu mengaminkan supaya dia berundur. Bagi BN bukan takut kepada DS Anwar untuk lawan bersilat dalam PRU. Tetapi apa yang tidak tahannya adalah DS Anwar memburuk-burukan imej negara dimata luar. Itu sahaja. PM Najib kata "Anwar is not our competitor".
Dalam tempuh 14 hari kebelakangan ini, beberapa pemimpin kanan PKR yang mewakili parti kecil ( tidak sampai 10,000 ahli. Mengikut Zaid hanya 6000) dan sebahagian besar ahlinya secara terbuka minta dia berundur atas alasan DS Anwar 'punca' masalah parti itu kecamuk.
Golongan atas pagar ( tidak berparti) dan wakil alim ulama' minta dia berundur. Kebanyakan media arus perdana dan majoriti media baru juga minta dia berundur.
Aktor antarabangsa juga yang mengangkat-angkat beliau didunia luar telah mempertikai dan memperemehkan beliau kebelakangan ini diluar sana. Yang berbaki hanyalah puak Bendera ( Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia) masih menyebut-nyebut namanya.
Dulu bapak Reformasi Indonesia Amein Rais sebaya dengan DS Anwar, sekarang beliau telah lama berundur dan kembali menokok khidmatnya diuniversiti secara bebas.
Jika Pak reforMISS satu-satunya ini  berundur,  dari mana sumbeer biaya berontak pak? kah..kah ..kah... putus bekalan pak !. aaahak..hak...hak..  Bapak  reformiss  dibuTuh  pak !  huuuu...huk..huk..huk..
Jelas bukan?. Mengapa saya sebut tokoh-tokoh negara ini memilih untuk mengundur diri tanpa paksaan?. Ini tidak bukan kerana mereka cinta-kasih- sayang kepada parti dan negara mereka melebihi dirinya. Kita ingat mereka tidak pedih berundur?. Kita tidak tahu berapa lama mereka menagis sendirian dikala sepi. Hilang semuanya.
Mengapa mereka tidak kata " pedulilah !. Apa nak jadi, jadilah. Janji aku terus berkuasa". Boleh apa ?. Tetapi mereka tidak berbuat demikian kerana mereka orang yang jujur pada diri. Jika terus memegang kuasa, parti mereka akan lingkup!.
Bagi saya secara peribadi mudah. Saya sokong DS Anwar terus memimpin PKR. Itulah satu jalan bagaimana BN melingkupkan seluruh Pakatan Rakyat PRU 13. Lagi kuat DS Anwar bergerak lagi mati PAS dan DAP kah...kah..kah..
Woit.. DS Anwar !.. pecat sahaja Zaid, Mustaffa, N.Gobala dan lain-lain yang nampak kiri itu... kah..kah..kah.. jika didalam mereka jadi duri dalam punggung ! uuuuhuk...huk...huk...huk
Mamak !!!..  Tea tenet onne'... roti canai  onne'... setan mamak nih, kalau duduk kosong saja, sepuluh kali lap meja kita....kah..kah..kah..

2 comments:

Padiyappa said...

Tak adenyer Anwar nak berundur dengan mudah hanya disebabkan tekanan dari orang bawahannya. Apatah lagi cita-cita Anwar nak jadi PM belum tercapai.

Lagi pun tidak ada sebab Anwar nak berundur memandangkan kedudukanya dalam PKR bukan secara dipilih melalui pemilihan tetapi melantik diri sendiri.

Nak diadakan undi tak percaya pun tak boleh sebab posisi Ketua Umum tidak ada dalam perlembagaan rasmi PKR. PKR sendiri pun adalah parti miliknya secara eksklusif.

Cara paling mudah adalah ahli yang tak puas hati perlu keluar dari PKR dan tubuhkan parti baru atau sertai PAS. biar Anwar dan konco-konconya terkontang-kanting sendiriran dalam PKR.

tq...

larasdua said...

reforMISS ? hahaha yang kena reform adalah MISS dan di Butuhkan hahaha. Ooo itu maciam ka?