TS DR.KOH TSU KOON - YONG TECK LEE DITOLAK MASYARAKAT CHINA KERANA ANGKUH APA BEZA DENGAN LIM GUAN ENG ??




Yong Teck Lee dengan angkuh mendakwa 80% pengundi China akan memberi undi kepadanya di Batu Sapi. Hasilnya diterjemahkan dipeti kaca hanya 20%.  Masyarakat China menolak pemimpin angkuh tidak mesra rakyat itu.
Isu Sabah for Sabahan tidak laku dan ketinggalan zaman. Semasa menjadi Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee gagal dan mempunyai rekod tidak cemerlang membangunkan rakyat rakyat Sabah. ( sedutan TS Koh Tsu Koon MM nov7,10:5)

CATATAN PINGGIR
Angkuh adalah penzahiran sifat besar hati, ego, sombong, tinggi diri, tidak hemah, Zalim ( tidak kena pada tempat), ujub, takbur, tiada keinsafan, tidak mengakui bahawa kehidupan dibekalkan pekej kekuatan dan kelemahan serta apa-apa yang sebaya dengannya.
Angkuh bukan sahaja dizahirkan dalam bentuk kata-kata malah ia merangkumi gelagat, perbuatan, tingkah laku, bahasa badan, pemikiran dan gaya yang dipamirkan oleh seseorang individu.
Orang yang angkuh tidak dapat menyamakan diri dengan khalayak kerana diri merasa lebih, cerdik dan bijak dari orang lain. Orang lain semuanya rendah dan tidak penting dihormati. Keangkuhan juga cenderung kepada sifat-sifat tidak berperi kemanusiaan.
Angkuh adalah kebencian manusia sejagat. Ia tidak mengenal bangsa,kaum atau suku. Ia adalah sejenis penyakit jiwa dikalangan manusia. Bertambah buruk jika penyakit itu terjangkit kepada pemimpin masyarakat. Penyakit pemimpin sedemikian boleh mendatangkan ketidak tenteraman dikalangan masyarakat umum. Tidak harmoni dan porak peranda.
TS Koh Tsu Koon yang saya tidak pernah kenali dan tidak pernah bersalam dengannya kelihatan hemah mempunyai 'lesen' untuk mengelaskan mana pemimpin yang angkuh. Jika dia orang Islam dia nampak beriman atau alim.
Dalam masyarakat plural seperti diMalaysia sifat perkauman melampau juga adalah dikelaskan sebagai angkuh dan tidak bersifat peri kemanusiaan.
LIM GUAN ENG,  Ketua Menteri Pulau Pinang adalah pemimpin angkuh diMalaysia. Saya ada hak untuk melebelkan sedemikian kerana sejak dia mengambil alih Pulau Pinang masyarakat yang dahulunya harmoni kini menjadi huru hara. Tidak selamat dan tidak terjamin serta rasa tidak dilindungi.
Contoh paling kejam, seorang India di Bukit Mertajam yang bergantung hidup pada perkebunan sekangkang kera dimusnahkan menjelang Deepavali menjelma. Ia adalah satu kekejaman yang sangat disesali walau apa alasannya.
Jika masyarakat China benar-benar memusuhi manusia bersifat angkuh, ayuh!.. sama-sama kita menghapuskan sebarang bentuk kekejaman, kezaliman, sifat melampau, perkauman sempit agar tidak berbenih lagi.
Keangkuhan Yong Teck Lee yang hanya bercakap tidak sesakit Lim Guan Eng yang menghapuskan sumber rezki rakyat.  


       

1 comment:

Unknown said...

Salam Saudara,

Suaramajlis sudah berkumandang di daerah mukapetang. Selamat berjuang dan sila beri tunjuk ajar.