Sao Paolo ( Antaranews/Reuters) calon dari parti yang berkuasa, Dilma Rousseff , 62 menang dalam pilihanraya Presiden Brazil yang terdiri dari 193 juta penduduk diAmerika Latin itu ( Ahad Okt 31, 2010).
Rouseff memperolehi 55.8 persen undi manakala penentangnya Jose Serra 44.2 setelah 97 persen undi dikira bagi babak kedua pengundian. Rousseff dijadualkan mengangkat sumpah Presiden pada Januari 1, 2011.
Dilma Rousseff bersumpah untuk membasmi kemiskinan seramai 20 juta diBrazil. " saya ulangi janji fundamental saya membenteras kemiskinan. Kami tidak akan berehat sementara banyak warga Brazil yang kelaparan" katanya menjelang pidato kemenangannya.
CATATAN PINGGIR
Kita harap angin pemilihan Presiden dari negara Samba itu akan sampai keBatu Sapi sehari dua ini agar calon BN menang Besar dalam PRK tersebut.
Semakin berkembang jumlah penduduk semakin kompleks pemikiran rakyatnya. Dalam keadaan kronik itu wanita menjadi pilihan sebagai presiden. Ini terbukti satu waktu di Pakistan, India, England, Filipina (sekarang) dan lain-lain.
Ini bermakna wanita boleh jadi pelali menghilang stress dalam apa jua bentuk dan keadaan termasuk politik kenegaraan.
Namun demikian ada juga lelaki yang menghilangkan stress dengan lelaki juga kerana kewanitaan tidak dapat mematahkan semangat yang keras berdenting.. . kah..kah..kah..
No comments:
Post a Comment