korean scud-B missile
Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini Presiden Parti menekankan supaya UMNO menjadi juara media baru untuk menjadikan parti itu cocok dengan tempo masakini . Telah diramal, alam siber akan menguasai pemikiran politik masadepan.
Controlling a large army is the same as controlling a small army. It is only a matter of organisation. Similarly, whether fighting against alarge or small army, one should follow the same guiding principles of good organisation and efficient communication. ( A. And C. Chen, 1982. The Art of War )
Sebagaimana diatas, untuk mengendalikan pasukan yang besar dan kecil adalah sama berdasarkan prinsip organisasi yang baik dan komunikasi yang berkesan.
Sebahagian besar ahli-ahli UMNO (bukan semua) adalah golongan buta teknologi Informasi. Mereka tidak tahu sebenarnya apa yang berlaku diruang udara siber.
Sebilangan besar hanya mendengar perkataan media baru, blog, face book twitter dan sebagainya. Bagaimana pun mereka lebih dapat selalu menyebut facebook.
Mereka masih lagi kalut mengadakan pendekatan 50 tahun yang lampau. Golongan generasi baru dalam UMNO juga kurang mengambil perhatian walau pun pucuk pimpinan mengharapkan transformasi dalam UMNO itu berlaku.
Sebuah parti yang gelap masa hadapan bergantung kepada ahli organisasi yang gelap daya cara berfikir. Transformasi dalam parti tidak berlaku, jika ahli-ahli organisasi itu tidak berusaha dengan permulaan 'buka dan baca'.
Ramai juga pemimpin yang masih syok sendiri memegang jawatan tetapi mereka tidak sedar bahawa dialam siber mereka telah 'mati'. kah..kah..kah..
Mati? Mengapa ? 60 orang menembak dengan penuh tenaga. 30 orang bertahan sambil lewa, keyakinan berbelah bagi. Mesti ruyuplah. Begitulah perbandingannya. Jangankan orang, negeri pun merudum.
No comments:
Post a Comment