BN BERGERAK SATU PASUKAN – TAN SRI MUHYIDDIN YASIN




TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempastikan bahawa anggota BN wajar bergerak sebagai satu pasukan dalam sebarang aktiviti politik sepanjang masa. Disamping organisasi yang diperkukuhkan dalam parti-parti masing akan mendatangkan kesan luar biasa keputusan pilihan raya umum akan datang. Saranan ini dibuat ketika mewakili UMNO dikonvensyen BN hari Ahad November 5, 2010 di Ibu negara.

CATATAN PINGGIR

Greenberg dan Baron (2000). Behavior in oganisations, memaknakan pasukan sebagai sebuah kumpulan yang ahlinya mempunyai kemahiran yang saling melengkapi dan mempunyai komitmen untuk mencapai matlamat bersama.
Ada tiga komponen utama dalam definisi tersebut yang melengkapi makna pasukanan mengikut  Greenberg dan Baron.  Tiga itu adalah kemahiran,  melengkapi  dan komitmen bagi mencapai matlamat bersama.
Dalam sudut politik kemahiran itu terangkum luas maknanya. Dalam masyarakat majmuk ia termasuk kemahiran lokasi, bahasa dan adat serta budaya masyarakat setempat, mengendalikan aktiviti, mengenali masyarakat disatu-satu lokasi, apa yang sensitive dan apa masalah masyarakat setempat supaya setiap  pertemuan itu menyentuh isu masyarakat.
Melengkapi bermakna sesuatu aktiviti itu ada semua kaum terlibat bersama. Begitu juga pemimpin yang hadir ada melayu, China, India dan suku-suku kaum. Nampakan pada masyarakat bahawa sentiasa bersama itu sebagai amalan hidup politik yang ikhlas.
Komitmen penting bagi menjayakan sesuatu aktviti. Jika lawatan kekampung masyarakat China contohnya, penduduk tempatan itu lebih besar sumbangannya dari orang luar. Begitu juga kepimpinan jika kehadiran merupakan komitmen utama, jika tidak dapat  hadir harus mencari ganti.
Memang terdapat kerumitan dalam permulaan kerja berpasukan, namun demikian jika sering dilakukan berulang kali maka ia akan menjadi kebiasaan.
Saranan dan azam TPM itu memang tepat dan padat kerana itulah kelemahan BN dari dahulu lagi yang menyebabkan lahirnya idea tertubuhnya parti multi-racial dinegara ini.

Namun demikian sejarah telah membuktikan parti- multi racial tidak kekal lama. Ia nampak panas sementara akhirnya bungkuussssss!.
Ops.. jangan panjang-panjang. Sudah mula pening kah..kah..kah..

No comments: