Budaya seks songsang semakin berani, terbuka dan terus terang mengaku satu ancaman kepada negara dan kesan negatif kepada masyarakat kata Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. Pensyarah IPT pun terlibat ! katanya ketika mengulas video kontraversi 'It Gets better in Malaysia' yang memberi harapan untuk lesbian, gay, biseksual dan transeksual. ( Umal Dec28,2010 :5 ).
CATATAN PINGGIR
Sebenarnya budaya seks songsang ini telah lama menjalar diMalaysia. Mereka ada kelab-kelab pertemuan yang ekslusif untuk penganut mereka sahaja. Tetapi tidak terbuka, hanya antara mereka ada 'bahasa' tersendiri.
Kelab-kelab itu dipanjangkan dari luar negara. Andaikan mereka bergerak dari satu negara kesatu negara mereka tidak lupa menziarahi tempat-tempat itu. Mereka berpaut antara satu sama lain terutama rangkaian gay dan biseksual.
Mereka mempunyai signal, bahasa badan, kod-kod perkataan yang hanya golongan mereka sajaha memahaminya. Antara mereka ada motivasi, kepimpinan yang hebat dalam alam mereka. Ia tidak hanya berlaku dinegara-negara maju, sebaliknya seluruh dunia. Oleh kerana lebih efisyen, bebas dan pintar beroganisasi maka mereka dianggap perintis.
Malangnya rakyat Malaysia masih ' kolot' dalam hal ini. Tidak percaya dan was-was bahawa aktiviti itu wujud. Kolot bukan bererti 'bodoh' tetapi memang diluar kotak pemikiran orang Malaysia, khususnya umat Islam. Contohnya, dalam keadaan gempar sejak hampir sedekad yang lalu, majority masih tidak percaya. Tidak logik dan tidak terfikir bahawa positif dengan positif boleh keluar api !. Negatif dengan negative juga berapi !.
Tidak dapat dielak, kerana Malaysia ada kepimpinan hebatnya tersendiri. Kepimpinan itu bukan sahaja berpengaruh tetapi 'kebal'. Oleh kerana Malaysia adalah gempar didunia sebagai penentang budaya itu, maka seluruh dunia menyasarkan Malaysia sebagai pusat rantau ini yang perlu dikembangkan. Sebab itulah keberanian suara agak lantang dan jelas.
Tidak menjadi aneh pada satu ketika nanti Malaysia akan menjadi pusat perjuangan 'gay' diAsia, Mereka akan lebih berani mengiklan, mengadakan kempen-kempen, menulis buku-buku, berinteraksi lebih berani dilaman-laman sosial dan berbagai-bagai lagi. Pastinya mereka punyai dana kerana mereka yang terlibat ramai bukan kecil-kecil anak. Mereka sudah masuk fasa 'jihad' kearah itu.
Oleh itu, semua pihak harus bersedia samada perundangan, pakar-pakar kaunseling, perubatan, keselamatan sebagainya, kerana kita sudah berhadapan anasir subersif sumbang dalam bentuk baru bertaraf berani mati.
No comments:
Post a Comment