SELANGOR KRISIS JIKA MENTERI BESAR BERKERAS





Bekas MB Selangor DS Dr Mohamad Khair Toyo berkata Bab 3 Kuasa Eksekutif fasal 52, undang-undang tubuh negeri Selangor 1959, jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah dilantik oleh Ketua Setiiausaha Negara dan mana-mana pegawai yang difikirkan relevan oleh KSN.

Katanya seseorang yang dilantik itu hendaklah orang Melayu dan bergama Islam. MB tidak mempunyai kuasa melantik SUK negeri. Cuma, orang yang dilantik hendaklah mengangkat sumpah menyimpan rahsia kerajaan dihadapan MB. ( Berita Harian Online Dec29,2010).



CATATAN PINGGIR

Krisis pentadbiran dan politik akan berlaku diSelangor jika dilihat kepada undang-undang tubuh negeri berdasarkan perkara berikut:

1.     (1)  KSN berkuasa melantik SUK dan mana-mana pegawai yang difikirkan perlu.
2.     (2)  Seorang yang dilantik hendaklah Melayu dan Islam.
3.     (3)  Orang yang dilantik hendaklah mengangkat sumpah menyimpan rahsia dihadapan MB.

Nah, sekarang perlantikan mengikut (1) dan (2) telah sempurna dan diperkenan oleh KDYMM Sultan Selangor. 

Sekiranya MB menolak majlis angkat sumpah simpan rahsia SUK dihadapannya, bagaimana?. Ruang itulah MB boleh menafikan perlantikan Datuk Mohd Khusrin tersebut dengan tiada angkat sumpah. Sekiranya MB menolak apa alternatifnya?. Bolehkah SUK mengangkat sumpah dihadapan PM atau KSN sendiri ?. 

Jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak diadakan majlis angkat sumpah SUK maka berlakulah krisis pentadbiran dan politik dinegeri Selangor 

Jika Tan Sri MB menerima perlantikan tersebut dan majlis angkat sumpah  Datuk Mohd Khusrin diizinkan maka pentabiran Selangor berjalan seperti biasa. 

Seandainya diterima, MB Selangor terpaksa menelan nasi dengan antahnya ( padi)  sekali.  Yang kita tahu hanya itek yang selalu lekat padi  kah..kah..kah..


No comments: