KUNYIT HANGIT – ANWAR AKAN SAMAN THE SUN HERALD- WIKILEAKS DAN KERAJAAN SINGAPURA ?




julian assange at court


Dari semalam DS Anwar Ibrahim terus menerus menafikan pendedahan Wikileaks bahawa perisikan Singapura dan Australia percaya Penasihat PKR itu terlibat dengan kes liwat. DiTwitternya DS Anwar mencabar operator laman web berasal dari Australia, Julian Assange  itu membuktikan jika benar. Salah seorang pengikut twitternya berkata maklumat itu dipetik dari akhbar the Sun Herald Australia.
Menurut Akhbr itu, kabel melibatkan kedudukan Anwar merupakan salah satu dari beberapa kandungan yang mengejutkan pegawai-pegawai kanan Singapura termasuk dakwaan bahawa ' Malaysia berada dalam kekeliruan dan dalam bahaya ekoran ahli-ahli politiknya yang tidak kompeten'. (SINAR DEC14::3)

CATATAN PINGGIR
Telah saya ramal sebelum ini bahawa kedatangan Ahli Parlimen Australia Senator Xenophon sebagai pendekatan untuk mengesahkan sahaja apa yang sebenarnya berlaku terhadap peribadi DS Anwar sebagai Ketua Pembangkang Pakatan. Baca semula.
Xenophon datang ada misi yang besar keMalaysia. Walau pun dia nampak ikhlas dengan DS Anwar tetapi mereka juga terkait dengan actor antarabangsa yang juga ada link dengan zionis yahudi yang telah memusuhi DS Anwar, dikatakan tidak boleh dipercayai lagi.
Gerakan modernism Barat telah mencaturkan politik antarabangsa dengan usaha menonjolkan tokoh-tokoh wanita seperti awalnya berlaku diBritain dan baru-baru ini diBarzil dan Aurtralia tidak boleh dipandang ringan oleh DS Anwar.
Perdana Menteri Australia mendekati Malaysia sebagai polisi luarnya, mereka tidak berdiam diri jika PM itu diganggu tugasnya. DS Anwar yang tidak senang bila PM itu melawat Malaysia dan dikatakan menghina rakyat menimbulkan kemarahan Kerajaan Australia. Tidak heran, jika mereka bertindak balas.
Dalam mengkaji hubungan antarabangsa ianya sangat rumit dan kompleks serta mesti berhati-hati kerana dunia ini mempunyai 1001 satu macam actor yang mengawalnya. Satu ketika DS Anwar sendiri adalah ditonjolkan sebagai moderator Islamic liberal leadership. Tetapi akhirnya dianggap khianat. Itulah bahayanya bila diri termasuk dalam kancah percaturan dunia bukan percaturan atas kehendak rakyat sebenarnya.
Hari ini penafian sukar diterima kerana sebaran maklumat terlalu pantas dari sat kesaat. Media antarabangsa juga dimonitor oleh pihak actor berkenaan. Sebarang penafian jika bertentangan dengan dasar mereka tidak kemana. Habis bagaimana?
Derita sahajalah. Tidak mudah untuk menyaman sebarang penyiar maklumat luar negara kerana jika saman The Sun Herald, akhbar lain lain dari serata dunia akan bangkit pula melapur lagi ganas. Tidak tertepis.  Akhirnya mati menepis ! kah..kah..kah..
Jika dinafi dalam twitter, rakyat terbanyak masih belum kenal apa dia twitter. Ada orang tanya twitter itu gajah kah ?   aaaahak..hak..hak...
Percayalah selepas ini banyak lagi pendedahan pihak luar.


1 comment:

jiwakita said...

salam...

tak tercapai oleh DSAI untuk
gunakan sumber wikileak burukkkan
musuhnya...yg terjadi sebaliknya pula!!bagaimana DSAI nak tepis lagi..?maka semakin lama..DSAI
mengumpul musuh-musuh baru pula
dari kalangan 'kawan rapat'lama beliau dr luar negara...