Sebuah laman blog dari utara mengatakan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah akan mengetuai badan perhubungan UMNO negeri Kedah dan Mukhriz timbalannya. Jika benar berlaku demikian, ia adalah gabungan yang mantap antara senior dan junior.
Datuk Ahmad Bashah adalah timbalan Ketua Perhubungan UMNO kedah sekarang. Sepanjang Datuk Shafie Apdal tidak ada dinegeri itu, urusan UMNO negeri dikendalikan oleh Datuk Bashah. Malah peranannya agak besar dalam memelihara UMNO kedah sejak berlaku peralihan kuasa.
Kedudukan Datuk Ahmad Bashah pula sebagai Ketua Bahagian diterima oleh golongan senior di Kedah. Manakala Datuk Mukhriz pula mewakili angkatan baru. Gabungan itu cukup baik dan diyakini UMNO kedah lebih berkesan dan mantap.
Memang benarlah, Datuk Mukhriz hanya jawatan kuasa diperingkat Bahagian. Jika memegang ketua Perhubungan akan banyak masalah penerimaan dan halangan golongan senior. Saya sering mengulangi pesanan orang tua-tua, peluang jangan diambil jika datang mudharat.
Mengulangi kata Datuk Mukhriz sebelum ini, kita sedia akur dengan ketetapan pucuk pimpinan. Jika diberi tanggung jawab kita jalankan amanah sebaik-baiknya. Dalam perlantikan jawatan parti ini ada kebijaksanaan pucuk pimpinan kerana mereka melihat berbagai sudut yang kita tidak melihatnya. Datuk Mukhriz adalah potensi masa hadapan UMNO kedah, naik bertangga akan mematangkan beliau dalam politik.
Apa pun keputusan sebagai ahli parti kita harus sedia menyokong selagi ianya membawa kebaikan kepada UMNO dan pemerintahannya. Tidak ada makna kita bergaduh sedangkan gadis sudah diisterikan orang.
Apa yang penting azam UMNO adalah mengembalikan semula negeri itu ketangan BN. Peluang cerah jika berpadu.
TERUS BACA KLIK SINI BLOG CAHAYA KEBENARAN BERSINAR
TERUS BACA KLIK SINI BLOG CAHAYA KEBENARAN BERSINAR
No comments:
Post a Comment