ADUN Tanjung Batu dan ketua wanita UMNO Kalabakan Sabah , Datuk Hamisa Samad mengulas pendedahan Dr. Jaina Sintian, Ketua Wanita Upko pada hari khamis minggu lepas sempena Simposium Upko terdapat pelajar IPT terpaksa melacur untuk menampung kos pengajian dan meminta supaya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyiasat dakwaan itu. Kata mereka itu, janganlah ada pihak cepat menafi untuk menjaga imej masing-masing.
Kebanyakan mereka yang terlibat dari latar belakang keluarga yang bermasalah dan ibu bapa bercerai. Kos keperluan belajar, makanan dan lain-lain meningkat sedang pengajian ingin dilangsungkan juga pasti menimbulkan gejala sosial kata ketua wanita itu. (MMal Dis5, 2010:19)
CATATAN PINGGIR
Pendedahan dua orang ketua wanita itu terus terang dan serius. Mereka pula bukan sembarangan orang . Sudah tentu mereka mempunyai fakta untuk dipertangung jawabkan.
KPT seharusnya tidak lengah, mengapa begitu jadinya kepada pelajar-pelajar IPT. Apakah mereka itu terlepas pandang dari mendapat pinjaman PTPTN sehingga terpaksa menjana pendapatan sedemikian?.
Jika mereka itu mendapat pinjaman apakah PTPTN tidak lagi berbaloi ? adakah kemungkinan jumlah pinjaman itu terlalu kecil hingga tidak mampu menampung pengajian?. Jika demikian apakah resolusinya?.
Jika mereka tidak mendapat PTPTN berapa ramai?. Diandaikan semua mendapat PTPTN , rakan-rakan seangkatan dengan mereka mencukupi sedangkan mereka yang terlibat tidak cukup bermakna ia suatu kenakalan budaya !. Mustahil. Tetapi ada logiknya ia boleh berlaku kerana dirangsang oleh ingin kemewahan.
Hasil siasatan akan memberikan gambaran menyeluruh. Jika dengan sebab PTPTN menjadi terlalu kecil ini bermakna jumlah pinjaman PTPTN itu harus dikaji semula. Mungkin jumlah itu sesuai beberapa tahun sudah tetapi tidak sekarang. Jika begitu keadaanya juga bemakna perkara ini boleh merebak luas.
Rumusan yang pantas dari KPT sangat penting kerana sangat memalukan Pusat Pengajian Tinggi melahiran orang berpelajaran tinggi boleh jadi melacur.
No comments:
Post a Comment