MASAK !! – AZMIN-KARPAL DAN R.SIVARASA DIGANTUNG ENAM BULAN









Dewan Rakyat mencipta sejarah dengan mengenakan hukuman gantung enam bulan membabitkan tiga Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang dalam sehari Ketua Pembangkang DS Anwar mengalami nasib yang sama.  Tiga Wakil Parlimen itu adalah R.Sivara (PKR-Subang), Azmin Ali ( PKR-Gombak) dan Karpal Singh ( DAP- Bukit Gelugur) berhubung dengan kesalahan mereka menghina Dewan Rakyat dengan mendedahkan prosiding  Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang mendengar Kes Anwar-APCO. (mindsider)

CATATAN PINGGIR
Parlimen jadi 'Pasar Borong Selayang' ketika usul dibentangkan untuk menggantung DS Anwar Ibrahim apabila Pakatan Pembangkang melengah-lengahkan sidang dengan mempertikai serta menghina YDP Dewan Rakyat Tan Sri Pendikar Amin Mulia.
Pelekat-pelekat 'parlimen kanggaru' dibawa masuk keParlimen dan sorakan serta jeritan Mahfuz Omar ( Naib Presiden Pas) dan N.Gobalakrishnan berdengung diParlimen. Mereka, tidak hormat langsung kepada peraturan dan disiplin anggota Dewan.
Aneh, mereka pula tidak minat untuk membahas usul tersebut sebaliknya hanya membuat bising tidak tentu hala. Mereka keluar Dewan apabila usul itu diluluskan tanpa bahas. Ahli-ahli Parlimen BN juga tidak puas hati usul itu diputuskan diterima tanpa bahas atas keputusan Tan Sri Pendikar Amin kerana Pakatan Pembangkang tidak minat berbahas.
Ahli Parlimen BN sudah tentu menggigil-geram  untuk mengambil bahagian membahaskan isu itu terutama yang melibatkan DS Anwar. Jika dibenarkan sudah tentu DS Anwar 'masak' dikerjakan mereka. Begitu juga Ahli Parlimen Bebas  tentu tidak berpuas hati.
Pakatan Pembangkang tidak minat untuk berbahas usul itu, kerana mereka sedar bilangan mereka lemah dan jika dibahaskan berbagai perkara akan terbongkar. Berita-berita tentang APCO ini bukan sahaja gempar diMalaysia tetapi menarik minat seluruh dunia. Ia sudah tentu menambahkan lagi beban Ketua pembangkang itu dikalangan masyarakat antarabangsa.
Sekarang ini sudah tentu mereka siang malam akan mengadakan siri ceramah kepada rakyat tentang penggantungan Ketua Pembangkang  dan tiga yang lain itu. Ibarat naik basikal, turun  bukit naik bukit mereka tetap kayuh.

2 comments:

Gerakan Timur said...

Salam,

Biasalah... mereka tak mampu untuk berbahas kerana asyik berbohong. Apabila fakta dikeluarkan, maka terpekik terlolonglah keldai2 politik fuckatan.

chenerong ular said...

Anuar kan kepalanya, mestilah berkayuh bila turun bukit pun, kita tidak dapat membohongi orang untuk setiap maasa, se sekali sekala boleh lah dato, amenda senalar berbohong musa pun tak percaya ?