Jika nilai benar-benar kenyataan Tok Guru Nick Aziz dalam akhbar harian semalam, kenyataan itu dituju kepada raja-raja Melayu. Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dibawah BN hanyalah sebagai sasar dia menembak sahaja.
TG Nick Aziz pendirian dan pemikirannya selari dengan Penasihat PKR DS Anu-War bahawa mereka tidak senang dengan raja-raja Melayu. Jika DS Anu-War tidak senang dengan raja-raja kerana cita-cita republikannya, TG Nick Aziz pula tidak senang kerana ada kuasa tertinggi lain tentang Agama Islam yang lebih tinggi dari Murshidul Am Pas.
Perjuangan 'ketuanan Melayu' itu sia-sia bermaksud perjuangan 'mempertahankan raja-raja' itu sia-sia. Hal ini berlaku atas latar belakang beliau sebagai MB yang mengalami banyak masalah tentang institusi itu dinegerinya.
Perjuangan 'ketuanan Melayu' itu sia-sia bermaksud perjuangan 'mempertahankan raja-raja' itu sia-sia. Hal ini berlaku atas latar belakang beliau sebagai MB yang mengalami banyak masalah tentang institusi itu dinegerinya.
Ia ada kaitan dengan seorang lagi kenyataan seorang Naib Presiden Pas minta UMNO buktikan dimanakah 'hak istimewa Melayu dalam perlembagaan negara'. Bila menyebut hak Istimewa Melayu itu ia banyak meliputi kuasa-kuasa KDYMM Agung.
Sebagai clue TG Nick Aziz tujukan kenyataan itu kepada raja-raja Melayu beliau menyoal raja-raja Melayu berbunyi " Bolehkah saya meletakan harapan kepada raja-raja Melayu agar membawa rakyat kepada Islam?." Soalan itu sebagai pilihan penyelesaian kepada masalah yang berlaku sekarang. ( lihat utusan Malaysia 15 Dis 2010)
Berdasarkan soalan itu, nyata TG Nick Aziz selama ini tidak pernah meletakan harapan kepada raja-raja dalam memelihara agama. Dan masalah umat Islam yang timbul hari ini adalah terletak pada bahu raja-raja selaku Payung agama negeri-negeri dan Persekutuan.
Terpulanglah kepada tafsiran semua pihak dalam hal ini, tetapi soalan itu jelas ditujukan kepada raja-raja melayu. Ketuanan Melayu sia-sia itu juga adalah raja-raja Melayu. Raja-raja Melayulah menjawab hal ini kerana ia melibatkan peranan kesemua Tuanku.
Bagi pihak rakyat telah menjawabnya tetapi tidaklah sebagaimana tepatnya sasaran yang dituju.
2 comments:
Saya ada membaca al-Quran Surah Al-Qasas Ayat 77 Firman Allah yang bermaksud, "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yg telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat, ........... dan janganlah engkau melakukan kerosakan dimuka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan " ....... yakni janganlah melakukan sesuatu yang merosakkan masyarakat, kerana yang demikian dimurkai oleh Allah Azzawajalla.
Dan seterusnya Surah Al-Room, Ayat 41, maksud firman Allah, "Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan; supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)" yakni bala bencana yang tidak putus-putus berlaku di sana-sini adalah disebabkan perbuatan-perbuatan maksiat yang dilakukan oleh umat manusia sendiri. Mereka ditimpakan dengan demikin, supaya mereka segera insaf dan menjauhi segala perbuatan yang durjana. Jika tidak, maka balasannya yang lebih buruk lagi.
Dan ayat-ayat al-Quran lain yang bermaksud, dan janganlah kamu menjual dengan ayat-ayatku dengan harga yang murah.
Di sini, Pas berkempen berbelit-belit, sekali dasar Islam sekali gugur huhud, semuanya menjurus kepada pangkat, kuasa dan kekayaan. Apa dah nak jadi dengan Pas ini.
Ketahuilah bahawa PKR dan DAP adalah musuh Allah dan musuh Islam. Mereka kerabat Israel. Bertaubatlah, kembalilah bersatu dalam perjuangan Melayu dan Islam.
Memang jatuh kafirlah siapa yang menafikan Islam adalah penyelesaian terhadap kemelut negara hari ini.. malah seluruh dunia juga., Islam adalah penyelesaiannya.. tapi bukanlah Islam yang dibawa oleh tokoh mcm Nik Aziz dan melalui wadah PAS.. kerana mereka ni sebenarnya lah yang merosakkan islam.. mereka rasa mereka sudah benar-benar islam tulen.. tapi akuilah boleh kita nilai apakah islam telah nampak pada diri mereka? keluarga mereka? rumah mereka? di kampung mereka di Kelantan? di Kota Bharu?.... jangan salahkan UMNO kalau islam tak nampak dalam diri kamu, jangan salah UMNO kalu islam tak lahir pada anak2, isteri dan rumah kamu.. cukupla dulu hujah saya ni.. muhasabahlah dengan iman bukan dengan emosi..
Post a Comment