MUKHRIZ – ANAK JANTAN SIAPA ?.




Tahniah diucapkan kepada semua Ketua-ketua dan Timbalan Ketua Perhubungan UMNO negeri yang baru diumumkan siang tadi. Ia adalah satu amanah dan kepercayaan Presiden parti PM Najib sebagaimana janjinya pada Perhimpunan Agung yang lalu.

Paling menarik dibeberapa negeri bertukar kepimpinan negeri secara total. DiKedah, Timbalan Ketua Perhubungan yang lalu Datuk Ahmad Bashah dinaikan setakuk menjadi Ketua Perhubungan dan sebagaimana dijangka Datuk Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Ketua Perhubungan.

Ia merupakan satu gandingan yang cukup bersirat tentu antara golongan senior dengan golongan junior. Apa perkiraan sekali pun bintang Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir agak bersinar. Bayangan Tun Dr Mahathir telah kembali mamancar diKedah.

Sampailah masanya UMNO Kedah melihat kehadapan. Pentanda jelas Kedah akan kembali kepada BN. Datuk Mukhriz perlu berganding dengan Datuk Bashah menyatukan golongan senior dan jenerasi baru dinegeri itu. Jangan sia-siakan harapan bukan sahaja rakyat Kedah malah harapan seluruh negara.

Tun Dr Mahathir tentu sudah melihat bahawa Datuk Mukhriz adalah satu-satunya anak 'Jantan' yang boleh diharapkan untuk 'kuah tumpah kenasi'.  Jika dipanjangkan usia TDM akan dapat melihat sendiri pokok yang ditanamnya berbuah.

Dengan itu Tun Dr.Mahathir tidak boleh meragam lagi..kah..kah..kah..


lagi menarik INGIN TAHU KLIK SINI





1 comment:

dzimba said...

mesti berbuah punya... dah baca ke cerita orang main golf simpan bola dalam kocek seluar dalam pantau blog hari ini