NEGARA MAJU – MELAYU BERKURANGAN








Dr. Abdul Rahman Mokhtar, Exco kerajaan negeri Terengganu mendedahkan kerajaan negeri menyasarkan segera percambahan penduduk dari  1.7 juta (2010) kepada 2 juta dalam masa yang singkat. Tetapi percambahan kadar kelahiran amat perlahan sekitar  1.73 peratus pada tahun lalu atau 17.3 orang setiap 1000  katanya ketika menjawab soalan Di Sidang DUN Terengganu, kemarin.

Punca kadar kelahiran menurun kerana Terengganu bertambah maju, suami-isteri menjadi sibuk dan kurang masa bersama untuk aktiviti pembiakan. Menjawab soalan tambahan YB.Ramlan ADUN Jabi apakah jalan penyelesaiannya, Salah satu darinya Dr Abdul Rahman mencadangkan mungkin rakyat meningkatkan bilangan perkahwinan ( Dewan riuh rendah dengan ketawa).

( BHarian Dis16,2010 :W2).


CATATAN PINGGIR

Kadar kelahiran negeri itu 1.7 peratus, mengambil masa tidak kurang 4 tahun untuk meningkatkan dari 1.7 juta kepada 2 juta orang dengan andaian berjalan secara proses biasa. Situasi ini berlaku dimana-mana negeri kecuali diSabah dan Serawak. Pengurangan percambahan penduduk, sering dikaitkan dengan peningkatan pembangunan negara sebagai premis perbincangan.

Berdasarkan pemerhatian tanpa kajian saintifik dan hanya melihat kepada data-data, lagi cepat pembangunan dan pertumbuhan ekonomi semakin menurun kadar kelahiran. Sebab itulah kerajaan Singapura mengadakan kempen peningkatan kadar kelahiran kerana pyramid kependudukan, kadar golongan muda menirus kebawah, dimana sepatutnya mengembang seperti jala kebawah dan tirus keatas.

Faktor bahawa 'sistem nilai' masyarakat berubah, jika dahulu masyarakat mementingkan bilangan anak-anak yang ramai dan keluarga besar, sekarang ada 'rasa malu' jika beranak ramai. Psikologi ini mengubah falsafah yang menyebabkan pasangan suami isteri cuba menghadkan bilangan anak seminimum mungkin.

Kos kehidupan meningkat manakutkan pasangan suami isteri menambah bilangan anak. Jika sesebuah keluarga mempunyai tiga anak usia baru lahir hingga enam tahun, memerlukan RM 400-500 sebulan bagi belanja susu, nestum dan pampers sahaja. Itu susu kualiti rendah dan harga mampu. Belum lagi hal-hal lain termasuk perubatan, rawatan, pakaian dan lain-lain.

Bilangan wanita berkerja meningkat, mengecilkan bilangan kadar kelahiran juga.Walau pun kerajaan memberi insentif cuti, gaji penuh ketika bersalin tetapi ia tidak ada kesan kepada percambahan atau menambah minat.

Peluang meningkatkan pelajaran secara terbuka luas, tidak menggalakan perkahwinan muda cepat. Sedangkan pertumbuhan aktif dari dalam lingkungan usia 18 hingga 35 tahun.

Peningkatan kos perkahwinan juga ramai golongan muda menderita lambat berkahwin. Kesan kepada peningkatan gejala sosial merebaknya pergaulan bebas dan sex luar nikah. Negara maju pemikiran masyarakat muda juga teranjak dari cepat berkahwin kepada lambat kawin semakin mengukuh.  Cepat berkahwin, dianggap tidak puas menikmati alam muda.

Sex bebas, salah guna dadah, sex luar tabie juga berkembang, kos perkahwinan, cita-cita mengejar ilmu pengetahuan dan lain-lain diatas tadi semuanya menyumbang kepada pengecilan kadar kelahiran baru.

Dalam sistem 'majoriti ' menguasai negara kerajaan perlu memikirkan sesuatu yang boleh mengekalkan majority secara terancang.  Sumber majoriti tidak datang bergolek dan boleh jadi terjejas jika kita tidak memelihara dan terlepas pandang, kepentingannya.


1 comment:

Wake UP! said...

Janganlah menganak-tirikan orang Melayu di tanah air mereka sendiri.