PERHIMPUNAN HARAM- POLIS GANAS ?.

gambar dari luar negara -hiasan sahaja tiada kaitan



Datuk Zulkifli Abdullah, Ketua Polis Kuala Lumpur menafikan lapuran The Malaysian Insider yang memetik kenyataan pihak tertentu bahawa mengatakan polis melakukan kekerasan semasa menyurai perhimpunan haram isu tariff air diMasjid Negara Ahad lalu. Polis sudah habis ragam meminta mereka bubar tetapi tetap berdegil. Akhirnya polis terpaksa menggunakan semburan air dan gas pemedih mata. Polis melakukan demikian kerana TS Khalids, memungkiri janjinya dengan polis. (UMal Dec8, 2010:5).

CATATAN PINGGIR

Setelah melihat lebih dalam plot yang mengembang dari perhimpunan haram itu, Menteri besar yang mengetuai perhimpunan haram berkenaan tidak mempunyai kata putus terhadap peserta demo itu.

Beliau tidak mempunyai ‘power’ terhadap untuk meminta mereka bersurai kerana ada ‘ master mind’ perhimpunan itu. TSAK hanya digunakan sebagai peluru meriam buluh agar bunyi letupan agak kuat dan gema sedikit.

Provokasi itu seolah-olah memaksa pihak polis bertindak ganas supaya ada peserta yang cedera atau lebih dari itu. Jika ada pihak parah atau terkorban aka nada isu baru yang menunjukan polis zalim, kerajaan zalim untuk menarik simpati rakyat . Ia juga memberi mesej kepada masyarakat antara bangsa bahawa Malaysia tidak aman dan kacau bilau.

Perhimpunan itu dikira bubar tanpa hasil lumayan kerana tidak ada insiden yang boleh dihebuhkan kerana polis tidak terperangkap dengan jerangkap samar dan provokasi.

Kebijaksanaan polis mencium agenda tersembunyi itu menjadikan mesej besar kepada publik tidak tercapai. General-general dan kaptan-kaptan sudah tentu berair telinga kena sembur kerana tidak boleh diharap untuk mencapai matlamat sebenar.

Ini kerja lama kita sudah masak dan boleh baca. Orang yang ‘kedunguan’ dalam hal ini adalah peluru ‘meriam buluh’ diatas tadi. Dia bukan pembakar tetapi masuk kedalam buluh sebagai bahan letupan kah..kah..kah..


No comments: