PM Najib perubahan lebih besar dikalangan anggota pentadbiran dalam usaha negara bagi mempastikan kejayaan luar biasa. Kerjasama bersifat seamless diperingkat idea, perancangan, perlaksanaan, keberhasihan untuk mencapai tahap paling optima. Oleh itu, berani berfikir diluar kotak dan menyelesai secara kreatif akhirnya menguntungkan negara. (UMal Dec7,2010:/2)
CATATAN PINGGIR
Tansformasi merujuk kepada Hijrah Rasulullah saw yang penuh liat menempuh sebarang cubaan dengan sari tidak putus asa, setia kawan, kekuatan, ilmu pengetahuan, berstrategi, inovasi dan kreatif serta penuh peduman tidak lari jalan Allah.
Transformasi ini harus ditafsir lebih luas kepada ekonomi, politik, sosiobudaya dan agama. Walau pun transformasi mengawan tinggi, batu pijaknya adalah terdiri dari asas yang kukuh ia itu agama Islam, bagi umat Islam.Sebarang pijakan yang selain dari tuhan, ia akan hilang kompas.
Berfikir diluar kotak (outbox thinking) juga harus berpijak diatas kongkrit keagamaan. Kerana agama kita telah menggariskan selengkapnya terhadap apa jua pemikiran dan transformasi.
Seruan transformasi dan berfikir diluar kotak itu juga harus singgah mengisi ruang pemikiran ahli-ahli politik. Tidak berguna transformasi berlaku tetapi parti politik yang menganjurkan transformasi runtuh sederap seperti bangunan kaca.Itu transformasi tolol.
Ada pihak mengambil gaya berfikir diluar kotak bagaimana meruntuhkan tamadun budaya, bangsa, ekonomi dan agama demi pencapaian politik. Demikian itu adalah 'transformasi dan inovasi Abu Jahal'. Melambatkan proses transformasi kepada kebaikan.
Fikiran luar kotak juga tidak menjadikan agama hilang punca, bangsa hilang punca dan ekonomi juga tersimpul mati. Golongan ini sibuk berfikir diluar kotak mencari jalan bagaimana nepostima dapat dirakyatkan. Merakyatkan kuasa kekeluargaan dan kroni.
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH
1 comment:
Hai tuan senator , tumpang lalu.
Post a Comment